Tarikh                     : 25 Mei 2024
 Masa  :  9:00am - 11:00 am                                       
 Peserta  :  6 orang

 

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk mengajarkan pelajar kemahiran kreatif dalam seni membalut hamper menggunakan botol air. Melalui kelas ini, pelajar akan mempelajari teknik-teknik dan pendekatan kreatif untuk menghasilkan hamper yang menarik dan estetik, yang boleh digunakan untuk pelbagai majlis seperti perayaan, hadiah korporat, dan acara istimewa.

Aktiviti:

  • Pelajar perlu menggunting pembalut hamper kepada bentuk yang sesuai dan mencukupi. Botol air diletakkan di atas pembalut dan pelajar perlu mencantumkan penjuru pembalut dan dipertemukan di bahagian atas botol air. Bahagian penjuru yang bertemu perlu dilekatkan menggunakan soletip. Akhir sekali, reben dilekatkan di kawasan soletip dan pembalut tersebut dikemaskan.

 

Gambar disini


Tarikh                    : 6 April 2024                                                   
Masa : 8:00am - 10:00am
Peserta : 3 orang

 

Tujuan: 

  • Memperkenalkan Konsep Saintifik: Memberi pelajar pemahaman asas mengenai konsep ketumpatan, interaksi cecair yang tidak bercampur, dan tindak balas kimia.
  • Menggalakkan Pemikiran Kreatif: Mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak dan menggunakan imaginasi mereka dalam memahami fenomena sains.
  • Memupuk Kerjasama dan Kerja Berpasukan: Mengajar pelajar untuk bekerja dalam kumpulan, berkongsi idea, dan bekerjasama untuk mencapai hasil yang diinginkan.
  • Meningkatkan Keterlibatan Pelajar: Menggunakan aktiviti hands-on yang menarik untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains.

 

Aktiviti:

Penyediaan bahan-bahan bagi mengadakan kelas iaitu botol kaca atau plastik  jernih, minyak masak, air, pewarna makanan dan tablet effervescent (panadol). Pelajar perlu mengisi air ke dalam sebuah cawan sehingga takat separuh. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk menambah minyak masak sehingga hampir penuh cawan. Seterusnya, pewarna makanan dimasukkan dalam kuantiti yang sedikit. Akhir sekali, panadol soluble akan dimasukkan dan berfungsi sebagai ejen yang membawa cecair yang sudah berubah warna tersebut terapung ke atas. Apabila buih gas sampai ke permukaan, ianya akan pecah dan air yang bewarna tersebut akan kembali semua ke dasar cawan. Letakkan di atas lampu led untuk kesan yang lebih menarik.

Gambar disini.


 Tarikh               : 18 Februari 2024
 Masa :  8:00am - 1:00 pm
 Tempat  :  NaDi Felda Chemplak                                  

 

Tujuan:

  • Hari Terbuka Bersama Komuniti diadakan untuk memperkenalkan kepada komuniti tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NaDi Ini adalah peluang bagi komuniti tempatan untuk datang dan mencuba peralatan serta aktiviti digital yang disediakan di NaDi. Ia juga membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan faedah menggunakan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, ia juga dapat menambah keahlian NaDi dan menggalakkan penglibatan usahawan untuk mengikuti kelas keusahawanan di NaDi.

 

Aktiviti:

Hari Terbuka Bersama Komuniti (HBK) 2024 merupakan program gabungan di antara NaDi Felda Pemanis 2, NaDi Taman Yayasan, NaDi Felda Medoi, NaDi Felda Kemelah, NaDi Felda Redong, NaDi Felda Tenang, NaDi Kampung Tenang, NaDi Taman Perling, NaDi Felda Chemplak, NaDi Felda Chemplak, NaDi  Pekan Sagil dan Nadi Kampung Penarik.

Pendaftaran pengunjung dan cabutan bertuah di kaunter pendaftaran. Semasa berlangsung program turut diadakan taklimat dan promosi oleh NaDi dan KDB semasa majlis. Selain itu juga taklimat oleh agensi jemputan seperti Ar Rahnu, TM Unifi, PADU, SSM, KWSP, PERKESO serta Giat Mara.

  • Pelbagai pertandingan diadakan seperti pertandingan roket air, pertandingan explorace ICT, sukaneka iaitu musang berjanggut dan make -up berpasangan, kuiz kdb, pertandingan taip pantas serta gubhan tisu. Selain itu turut diadakan saringan Kesihatan.Majlis penutupan Hari Terbuka Komuniti Kluster Segamat telah dirasmikan oleh Rn Mohamad Firdaus bin Mohd Yusoh, Pengurus Felda Chemplak.

 

Gambar disini


 Tarikh              : 9  Mac 2024  
 Masa  : 10:00am - 12:00pm &  3:00pm - 5:00pm      
 Peserta  :  5 orang

 

Tujuan:

      • Menghasilkan slaid pembentangan yang efektif dan menarik menggunakan perisian PowerPoint. Dengan objektif ini, peserta akan difokuskan untuk mempelajari kemahiran asas dalam mencipta slaid pembentangan yang berkualiti menggunakan alat-alat dan format yang disediakan oleh Microsoft PowerPoint.

 

Aktiviti:-

  • Latihan akan dipandu secara berbimbing oleh petugas untuk mencipta latihan yang dinamik menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta akan melaksanakan latihan dan tugasan yang tersedia dalam modul.Setiap pelajar akan menghasilkan slaid pembentangan yang menggamit perhatian bertajuk "Keluarga Saya". Slaid pembentangan yang telah disiapkan akan diubah menjadi video untuk memperkukuhkan impak visual dan penyampaian yang lebih dinamik.

 

Gambar disini


Tarikh               : 5 hingga 8 Disember 2023                           
Masa : 10:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat NaDi Felda Redong
Peserta : 93 orang

Tujuan:

  • Bagi meningkatkkan kesedaran mengenai kepentingan melakukan saringan kesihatan kendiri meliputi tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol. Selain itu program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti. Melalaui program ini ia dapat melestarikan NaDi sebagai pusat ICT dan kesihatan.

Aktiviti:

Komuniti Felda Redong diberi pendedahan untuk melakukan pemeriksaan saringan kesihatan kendiri yang meliputi tekanan darah, bacaan gula serta tahap kolesterol.

Gambar disini