Tarikh               : 18 Februari 2024
 Masa :  8:00am - 1:00 pm
 Tempat  :  NaDi Felda Chemplak                                  

 

Tujuan:

  • Hari Terbuka Bersama Komuniti diadakan untuk memperkenalkan kepada komuniti tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NaDi Ini adalah peluang bagi komuniti tempatan untuk datang dan mencuba peralatan serta aktiviti digital yang disediakan di NaDi. Ia juga membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan faedah menggunakan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, ia juga dapat menambah keahlian NaDi dan menggalakkan penglibatan usahawan untuk mengikuti kelas keusahawanan di NaDi.

 

Aktiviti:

Hari Terbuka Bersama Komuniti (HBK) 2024 merupakan program gabungan di antara NaDi Felda Pemanis 2, NaDi Taman Yayasan, NaDi Felda Medoi, NaDi Felda Kemelah, NaDi Felda Redong, NaDi Felda Tenang, NaDi Kampung Tenang, NaDi Taman Perling, NaDi Felda Chemplak, NaDi Felda Chemplak, NaDi  Pekan Sagil dan Nadi Kampung Penarik.

Pendaftaran pengunjung dan cabutan bertuah di kaunter pendaftaran. Semasa berlangsung program turut diadakan taklimat dan promosi oleh NaDi dan KDB semasa majlis. Selain itu juga taklimat oleh agensi jemputan seperti Ar Rahnu, TM Unifi, PADU, SSM, KWSP, PERKESO serta Giat Mara.

  • Pelbagai pertandingan diadakan seperti pertandingan roket air, pertandingan explorace ICT, sukaneka iaitu musang berjanggut dan make -up berpasangan, kuiz kdb, pertandingan taip pantas serta gubhan tisu. Selain itu turut diadakan saringan Kesihatan.Majlis penutupan Hari Terbuka Komuniti Kluster Segamat telah dirasmikan oleh Rn Mohamad Firdaus bin Mohd Yusoh, Pengurus Felda Chemplak.

 

Gambar disini