Kedai Nasi Ayam Pak Mus adalah kedai yang agak popular di Segamat dan ia mempunyai banyak cawangan. Restoran ini mengkhusus menyajikan menu nasi ayam sahaja. Nasi ayam yang dihidangkan disini adalah nasi ayam yang telah terkenal dan menjadi sebutan ramai dan ianya adalah resepi yang sama sejak turun temurun. Harganya juga berpatutan dan menjadi tumpuan pengemar nasi ayam. Nasi Ayam Pak Mus merupakan legasi turun temurun resepi En Mustafa Yusof sejak tahun 1980an lagi. Jenamanya iaitu ‘Nasi Ayam Gemas Pak Mus’ telah terkenal bukan sahaja kawasan setempat di Gemas malah juga di Johor dan sejauh di Singapura, Kuala Lumpur, Seremban, Pahang dan Melaka. Jika anda ke Segamat dan ingin merasa kelazatan Nasi Ayam Gemas, anda boleh singgah ke restauran Pak Mus ini yang terletak di Taman Yayasan dan juga di Bandar Utama. Pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa dan sangat mengikuti selera rakyat Malaysia.
Restauran ini sentiasa menyajikan nasi ayam yang berkualiti dan segar dan dihidang dalam portion yang besar. Antara kelainan hidangan nasi ayam di sini adalah ayamnya dihidangkan dengan sos istimewa. Nasinya wangi dan rasa kuat stok ayam dalam nasi. Nasinya dimasak sempurna, tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembik. Harganya sangat berpatutan iaitu serendah RM7.50 dan pelanggan boleh memilih untuk dihidang secara berasingan atau set keluarga.
Alamat Cawangan Taman Yayasan:-
16 Jalan Bistari 4/8,
Taman Yayasan, 85010 Segamat, Malaysia
Alamat Cawangan Bandar Utama:-
No 36 jln utama3/3,
Pusat Komersial Bandar Utama Segamat,
Segamat 85000
Masa operasi :
BUKA: Sabtu - Khamis
11 pg - 5 ptg
TUTUP: Jumaat
[minggu 1,2&3]minggu ke4 - Buka
No telefon:
012-7651851
Koordinat:
2.549545, 102.793059 (Taman Yayasan)