Menggalakkan aktiviti pelancongan merupakan satu keperluan di daerah Segamat ini. Air terjun Jeram Tinggi merupakan satu lagi pusat rekreasi dan daya tarikan pelacongan yang berpotensi untuk dibangunkan. Air Terjun Jeram Tinggi yang terletak di Jementah, Segamat merupakan destinasi perkelahan yang menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu. Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil inisiatif untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai satu daripada kawasan destinasi pelancongan.

Lokasinya berhampiran bandar Jementah di daerah Segamat Johor, kawasan perkelahan Jeram Tinggi merupakan salah satu air terjun yang terdapat di sekitar kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang selain Air Terjun Gunung Ledang di Sagil dan Air Terjun Asahan di Asahan, Johor.Jeram tinggi merupakan checkpoint bagi laluan dakian ke puncak Gunung Ledang atau ‘Ledang Via Jementah’ atau LVJ. Kawasan ini mempunyai potensi besar terutamanya sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negeri yang ingin merasai suasana hutan semula jadi dan ketengan jauh dari kehiduapn di Bandar.

Meredah hutan selama kira-kira 40 minit hingga satu jam (mengikut kemampuan) dari kawasan tempat letak kereta ini, pengunjung boleh menikmati keindahan Air Terjun Jeram Tinggi yang cantik dan masih belum terusik di tengah hutan simpan. Kawasan ini terletak di kawasan Ulu Jementah. Untuk ke sini, pengunjung perlu melalui FT23 Jalan Muar-Segamat menuju pekan Jementah. Dari arah Tangkak, sebelum memasuki bandar Jementah, belok ke simpang di sebelah kiri (dari Segamat, selepas bandar, belok ke kanan) di Kampung Paya Jakas ke J45 Jalan Loji Air.

Bagi yang ingin bersantai di hujung minggu bersama keluarga, anda boleh mandi di jeram sekitar kawasan letak kereta. Kawasannya agak selesa dan bersih kerana tak begitu ramai pengunjung yang datang ke mari namun airnya tidak begitu dalam. Sekurang-kurangnya, kawasan ini selamat bagi mereka yang membawa anak-anak kecil bermandi-manda. Antara kemudahan yang ada di kawasan air terjun ini ialah wakaf rehat, laluan pejalan kaki ke air terjun, tempat letak kereta dan tandas awam.

 

 

Masa Operasi :
Dibuka sepanjang masa

 

Alamat :

Ulu Jementah,85200 Jementah, Segamat, Johor

 

No tel :

018-785 9345

 

Koordinat:

2.2539699, 103.04043


'TAKAH MERLUH' (bahasa orang asli) adalah dua nama yang berasingan dimana takah bermaksud bekas air dan merluh pula bermaksud tertidur. Sejarah Air terjun TAKAH MERLUH bermula beberapa orang asli menemui kawasan air terjun tersebut yang berbentuk seperti takah. Suasana yang nyaman itu mereka tertidur.Berikutan peristiwa tersebut orang asli menamakan air terjun tersebut TAKAH MERLUH.

Terletak 18 kilometer dari Pekan Labis melalui Kampung Tenang dan kira-kira 45 minit perjalanan dari Tol Yong Peng Utara. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Air Panas melalui Kampung Tenang

 

Hutan Lipur Takah Merluh merupakan hutan dipterokarpa. Hutan ini mempunyai air terjun yang unik yang mempunyai terjunan air yang bertingkaat dan tebing yang akat tinggi menjadi tarikan utama di kalangan pengunjung. Di samping itu, pengunjung akan dapat menikmati berkelah, berenang dan aktiviti rekreasi yang lain sambil menikmati keindahan semulajadi hutan

Air terjun TAKAH MERLUH terbuka untuk semua tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan.Setiap tahun ada sahaja aktiviti perkelahan peringkat daerah dan luar daerah diadakan disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas,bilik persalinan, pondok rehat, pondok solat, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta. 

 

Hutan Lipur Takah Merluh di Hutan Simpan Labis yang merupakan hutan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Flora dan fauna yang belum diterokai dan kekal keasliannya menggamit untuk dikaji dan dikenali sebagai khazanah alam yang tinggi nilaianya. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan Hutan Lipur ini.  Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Waktu Operasi: 

  • Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
  • Ditutup pada hari Isnin untuk penyelenggaraan

Pejabat Hutan Daerah Johor Utara,

Jalan Awang,
85000 Segamat,
Johor.
Tel : 607-9312 141
Fax : 607-9317 518


Bukit Botak, Felda Redong terletak dikawasan kebun milik peneroka Felda Redong. Dikenali sebagai Butik Botak disebabkan keadaan diatas bukit (puncak) yang gondel, tidak mempunyai tumbuhan besar dan berbatu. Masa pendakian dari mula mendaki sehingga ke puncak mengambil masa lebih kurang 40 minit bergantung kepada stamina individu.

 

Untuk sampai ke Bukit Botak, Felda Redong boleh melalui jalan dari persekutuan iaitu dari Segamat sejauh 28km dan dari labis sejauh 15km. Dari Felda Redong, Johor  ke Felda Selancar, Pahang mengambil masa lebih kurang 15 mini sahaja.

 

Bukit Botak amat digemari dikalangan pendaki bukit dan gunung terutamanya bagi mereka yang baru bermula berjinak di dalam bidang pendakian disebabkan bentuk landskap Bukit Botak yang berpasir, bukit yang tidak terlalu curam serta berbatu. 

Bagi mereka yang ingin mendaki ke Butik Botak bolehlah menghubungi :-

Pejabat Felda Redong 1

85000 Segamat .

Johor

No. tel -07-9291200.