MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - NEGERI

Johor Darul Takzim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang. Johor Darul Takzim mempunyai 10  buah daerah.

          

                                           Peta Negeri Johor Darul Takzim

 

 

MAKLUMAT KEDUDUKAN  & PETA - DAERAH

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan: 

  • dua (2) buah negeri lain = Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur.
  • enam (6) buah daerah lain = daerah Muar dan Kluang di selatan, daerah Tampin di barat laut, daerah Rompin di timur laut, Batu Pahat di sebelah tenggara dan daerah Tangkak di barat.

Keluasan daerah segamat ialah 282,534.5 hektar bersamaan dengan 2,825.4 kilometer persegi. Daerah Segamat mempunyai 11 mukim.

         

                                    Peta Mukim Di Daerah Segamat

(Laman web: Majlis Daerah Segamat dan https://ms.wikipedia.org/wiki/Segamat)

 

MAKLUMAT KEDUDUKAN  & PETA -FELDA REDONG 1

Felda Redong 1 terletak di tengah-tengah laluan utama dari pantai timur ke Johor Bahru. Bandar yang berhampiran dengan Felda Redong 1 ialah Segamat. Jarak ke bandar Segamat lebih kurang 30km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan, serta kira-kira 25km dari Pejabat Felda Wilayah Segamat. Kawasan penempatan Felda yang lain dan berhampiran dengan Felda Redong 1 ialah Felda Kemelah (18km) dan Felda Tenang (26km). Selain itu, Felda Redong 1 juga terletak bersebelahan dengan perkampungan orang Asli iaitu Kampung Segamat Kecil.

 

            

                                          Peta Kedudukan Felda Redong

 

Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri. Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan awam, mereka boleh menaiki teksi dan juga bas yang berhenti di simpang masuk Felda Redong 1. Felda Redong 1 kini ditadbir oleh Pihak Pengurusan Felda Redong 1. Rancangan ini berada di Mukim Labis, kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah dan dalam kawasan Parlimen Sekijang. Keluasan tanah Felda Redong 1 ialah 2,644.37 hektar, di mana terdiri daripada 672 buah keluarga.

 

MAKLUMAT FELDA REDONG.

Nama Felda

Felda Redong 1

Tahun dibuka

1982

Parlimen

Sekijang

Ahli

YB Dr Zaliha binti Mustafa

DUN

Kemelah

Adun

YB  Saraswati a/p Nallathamby

Daerah

Segamat

Pegawai Daerah

Tn Mohd Masni bin Wakiman

Mukim

Labis

Penghulu Mukim

Encik Sabri bin Nozari

Negeri

Johor Darul Takzim

Kedudukan

30 km dari Bandar Segamat

Kelulusan

2,644.37 hektar

Kependudukan

100% Melayu

Jumlah

2500 orang

Jumlah  Rumah

672 buah

Hasil  Pertanian

Kelapa sawit

 

AHLI PARLIMEN  SEKIJANG

 

Nama

YB Dr Zaliha binti Mustafa

Parlimen

 P141 Sekijang

No telefon

07-933 2630

Alamat Pejabat

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang,

No 22 Jalan Utama 3/4 , 

Pusat Komersial Sri Utama,

Segamat.

 

ADUN KAWASAN KEMELAH 

 

Nama

YB Saraswati a/p Nallathamby

Dun

N04 Kemelah

No telefon

-

No Bimbit Pejabat

012-7047046 (PA)

Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat Pejabat

Pusat Khidmat Dun Kemelah,

No 14, Jalan Putra 1/3,

Bandar IOI,

85000 Segamat, Johor.