Sentiasa berwaspada dan bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir pada musim hujan ini.

Ikuti panduan persediaan komunikasi dan hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan sewaktu bencana.

 

 


Penganjuran Program JOM Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) cawangan Segamat Bersama Komuniti Parlimen Sekijang telah diadakan pada 26 Februari 2018 (Isnin) di perkarangan Masjid Nurul Falah Felda Redong.

Program yang dijalankan dari 9.00 pagi sehingga 4.00 petang ini mendapat sambutan daripada komuniti Felda Redong dan sekitarnya. Pada 26 Februari 2018 di Masjid Nurul Falah Felda Redong juga dilangsungkan dengan pelbagai program yang lain seperti Jualan Sentuhan Kasih (2) Parlimen Sekijang, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Rancangan Felda Redong serta Majlis Akikah Perdana.

Antara aktiviti yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Segamat kepada komuniti setempat adalah:-

  • Pengurangan kompaun saman
  • Pemeriksaan motorsikal percuma
  • Pameran dan khidmat nasihat
  • Pembaharuan lesen memandu
  • Pendaftaran id MySikap.

Program ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat bagi menjelaskan saman tertunggak pada harga diskaun serta untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang lain.


PONDOK POLIS FELDA REDONG 1

Keselamatan merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah penempatan bagi mendapatkan kualiti kehidupan yang baik dan rasa selamat. Dengan adanya kawalan keselamatan yang sistematik, ia dapat menjadikan suatu penempatan itu selesa untuk didiami.

            

                                                        Pondok Polis Felda Redong

Bagi penduduk Felda Redong 1, sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan dengan keselamatan, mereka boleh membuat laporan di pondok  polis berhampiran iaitu Pondok Polis Felda Redong 1. Sebelum ini, sebarang masalah yang berlaku di Felda Redong 1 akan dilaporkan di Balai Polis Tenang Stesen yang terletak di pekan Tenang Stesen, lebih kurang 10 km dari sini

Pondok  Polis Felda Redong 1 ditubuhkan pada tahun 2009. Matlamat utama adalah  mengawal keselamatan penduduk di sini. Tapak pondok polis Felda Redong 1 asalnya adalah kawasan rumah Guru Besar yang sudah lama terbiar.

PERTUBUHAN IKATAN RELAWAN RAKYAT FELDA REDONG 1

Pada awalnya, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964: Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.

                                                          

Pejabat Operasi RELA Felda Redong

Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata dengan secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.

           

Operasi di Felda Redong

Selaras itu, di Felda Redong 1 juga terdapat Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang berganding bahu  bersama-sama pihak polis dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dalam menjaga keamanan dan keselamatan Felda Redong 1. Rondaan keselamatan akan dilakukan pada sebelah malam bagi memastikan tiada aktiviti-aktiviti yang mencurigakan berlaku.

                                      

                                                

     Penglibatan RELA  di dalam komuniti  Felda Redong