Ketika cuaca panas, seseorang berpotensi kehilangan cecair tubuh seterusnya mengakibatkan dehidrasi. Dehidrasi boleh mengakibatkan gangguan sistem kognitif, mengganggu sistem kawalan suhu tubuh, melemahkan fungsi kognitif dan mengurangkan keupayaan untuk melaksanakan aktiviti fizikal.

Air memainkan peranan penting kepada tubuh seperti membantu fungsi usus, memberi tenaga, mencantikkan kulit dan mengganti cecair tubuh. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk banyakkan minum air kosong tanpa mengira aktiviti fizikal pada musim panas agar kekal sihat


Jom kita lihat cara penggunaan kit ujian pengesanan (Saliva Test/Ujian Air Liur) Covid-19 dengan betul. Sama sama kita jaga diri kita memandangkan kes Covid-19 semakin hari semakin meningkat.

Bermula bulan September 2021, PEDi Felda Redong telah berkolaborasi pihak pengurusan dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) untuk melaksanakan program santai ' Apa Khabar' yang bertujuan memberi kesedaran dan berkongsi maklumat berkaitan penyakit kronik kepada komuniti kejiranan setempat.
 
Melalui Program Santai Apa Khabar ini pihak NKF akan menyalurkan maklumat secara on-line berkala berkaitan penyakit kronik kepada PEDi Felda Redong dan seterusnya disalurkan ke komuniti kejiranan.
 
Pada tahun sebelum ini NKF telah datang ke PEDi Felda Redong telah mengadakan saringan kesihatan dan juga ceramah kesihatan. Lantaran daripada pendemik Covid-19 ini, maka program yang dirancangkan telah bertukar kepada program kesedaran.
 
 
 
 

Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah berlangsungnya Program Gotong-Royong Wabak Denggi dan Pelancaran Pasukan Taskforce “Smash Aedes” daerah Segamat pada 5 Julai 2020.
 
Program ini melibatkan jabatan-jabatan utama serta penduduk sekitar Felda Redong. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nasri Bin Md Ali,  Pegawai Daerah Segamat juga telah melancarkan Pasukan Taskforce “ Smash Aedes” peringkat  daerah Segamat.
 
Pasukan Taskforce " Smash Aedes" ini  bertindak sebagai frontliners bagi menangani kes wabak denggi di daerah. Ianya adalah satu inisiatif dari Tuan Pegawai Daerah sendiri bagi membentuk kerjasama dan pasukan yang mantap bagi membendung isu Denggi di daerah.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Jabatan yang terlibat serta penduduk Felda Redong yang bersama-sama menjayakan gotong royong pada hari ini.