Bermula bulan September 2021, PEDi Felda Redong telah berkolaborasi pihak pengurusan dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) untuk melaksanakan program santai ' Apa Khabar' yang bertujuan memberi kesedaran dan berkongsi maklumat berkaitan penyakit kronik kepada komuniti kejiranan setempat.
 
Melalui Program Santai Apa Khabar ini pihak NKF akan menyalurkan maklumat secara on-line berkala berkaitan penyakit kronik kepada PEDi Felda Redong dan seterusnya disalurkan ke komuniti kejiranan.
 
Pada tahun sebelum ini NKF telah datang ke PEDi Felda Redong telah mengadakan saringan kesihatan dan juga ceramah kesihatan. Lantaran daripada pendemik Covid-19 ini, maka program yang dirancangkan telah bertukar kepada program kesedaran.