'TAKAH MERLUH' (bahasa orang asli) adalah dua nama yang berasingan dimana takah bermaksud bekas air dan merluh pula bermaksud tertidur. Sejarah Air terjun TAKAH MERLUH bermula beberapa orang asli menemui kawasan air terjun tersebut yang berbentuk seperti takah. Suasana yang nyaman itu mereka tertidur.Berikutan peristiwa tersebut orang asli menamakan air terjun tersebut TAKAH MERLUH.
Terletak 18 kilometer dari Pekan Labis melalui Kampung Tenang dan kira-kira 45 minit perjalanan dari Tol Yong Peng Utara. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Air Panas melalui Kampung Tenang
Hutan Lipur Takah Merluh merupakan hutan dipterokarpa. Hutan ini mempunyai air terjun yang unik yang mempunyai terjunan air yang bertingkaat dan tebing yang akat tinggi menjadi tarikan utama di kalangan pengunjung. Di samping itu, pengunjung akan dapat menikmati berkelah, berenang dan aktiviti rekreasi yang lain sambil menikmati keindahan semulajadi hutan
Air terjun TAKAH MERLUH terbuka untuk semua tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan.Setiap tahun ada sahaja aktiviti perkelahan peringkat daerah dan luar daerah diadakan disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas,bilik persalinan, pondok rehat, pondok solat, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta.
Hutan Lipur Takah Merluh di Hutan Simpan Labis yang merupakan hutan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Flora dan fauna yang belum diterokai dan kekal keasliannya menggamit untuk dikaji dan dikenali sebagai khazanah alam yang tinggi nilaianya. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan Hutan Lipur ini. Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Waktu Operasi:
- Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Ditutup pada hari Isnin untuk penyelenggaraan
Pejabat Hutan Daerah Johor Utara,
Jalan Awang,
85000 Segamat,
Johor.
Tel : 607-9312 141
Fax : 607-9317 518