Permohonan untuk menyertai Program TUBE 9.0 akan dibuka mulai 7 -31 Mei 2023.

Layari https://tube.smecorp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

#smecorpmalaysia #rakanPKS #tube9 #kuskopmalaysia #MalaysiaMadani


 

Program Jualan Sentuhan Rakyat (2) Parlimen Sekijang telah diadakan di perkarangan Masjid Nurul Falah Felda Redong pada 26 Februari 2018(Isnin) yang  lalu dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi dengan matlamat dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mendorong peniaga untuk turunkan harga barangan keperluan.

Program anjuran bersama Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Segamat berkonsepkan jualan mega "mesra rakyat" menawarkan harga yang lebih murah dari  pasaran dan berkualiti agar dapat membantu kepada komuniti setempat.

Puan Hajah Rahana Binti Hj Mohamed merupakan Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) KPDNKK Parlimen Sekijang telah membawa program ini ke komuniti Felda Redong. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Anuar Bin Manap, Ahli Parlimen Sekijang. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En Mohd Nazri Bin Sarian, Ketua Cawangan KPDNKK Segamat.

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta pasar raya besar seperti ECONSAVE Segamat, MASRI dan Faiza.

Gambar disini


Efzeen Bits- Smart Mini Cafe memberi perkhidmatan menyediakan snek ringkat yang sedap dan berkualiti bagi memastikan perut anda HAPPY.

     

 Temuramah daripada Team Menarik Di Segamat


Antara snek yang disajikan adalah:-

  • Kek dan desserts 
  • Western - spageti, carbonara, lasagna
  • Sandwiches
  • Buah-buah potong dan salad
  • Minuman air botol dan tin 
  • pelbagai jenis kerepek dan kuih muih

 

Antara kek yang terdapat di Efzeen Bits- Smart Mini Cafe

 

Efzeen Bits - Smart Mini Cafe juga menawarkan perkhidmatan tempahan baju korporat atau T-Shirt dengan harga yang berpatutan.

 

     

Antara produk yang turut ditawarkan di Efzeen Bits- Smart Mini Cafe

Efzeen Bits - Smart Mini Cafe terletak  di barisan LHDN Segamat di Bandar Utama Segamat dan sebelah R & E Fashion dan ianya dibuka setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Sebarang pertanyaan dan ingin menempah boleh menghubungi :-

Efzeen Bits - Smart Mini Cafe

No 13, Jalan Muhibbah2,

Taman Muhibbah, Bandar Utama

No Tel : 013-7478788

Facebook:Efzeen Bits - Smart Mini Cafe.

 


Bagi mereka yang tercari-cari juadah berlauk untuk makan tengah hari di sekitar dan berhampiran dengan Felda Redong bolehlah berkunjung ke Warung Asam Pedas HS. Warung Asam Pedas HS terletak di jalan utama iaitu Jalan Felda Redong ke Felda Selancar, Pahang(jalan alternatif ke pantai timur)

 

Warung Asam Pedas HS menyedaikan dengan pelbagai jenis lauk untuk makan tengahhari dan menu yang diisediakan setiap hari adalah berubah-ubah. Warung Asam Pedas HS juga menawarkan makanan goreng panas seperti mee goreng, mee bandung dan lain-lain selepas pukul 2 petang.

 

Warung Asam Pedas HS bersedia juga untuk menerima tempahan untuk pelbagai majlis.Warung Asam Pedas HS juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah (cod) di sekitar Felda Redong.

 

 Alamat:

Warung Asam Pedas HS, No 2 Gerai JKKR,Felda Redong 1,85000 Segamat, Johor

No tel: 60 16-246 0494 (Siti Norhana)

Masa operasi : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Koordinat: 2.505219, 103.016534


Tidak dapat dinafikan, kedudukan ekonomi adalah amat penting bagi menjamin keselesaan dalam kehidupan. Keselesaan yang diperolehi kebanyakannya bergantung kepada kekukuhan kewangan. Keusahawanan adalah salah satu bidang yang boleh diceburi bagi mempelbagaikan dan menambah pendapatan.  Bidang keusahawanan turut ditekankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pintu rezeki yang utama.

Selaras dengan teras  kedua Felda untuk menjadikan peneroka felda golongan berpendapatan pertengahan, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menggalakkan warga peneroka supaya menceburi bidang keusahawanan.  Dengan menceburi bidang keusahawanan, pergantungan penuh peneroka kepada pendapatan daripada hasil ladang dapat dikurangkan dan pendapatan sampingan dapat dipelbagaikan.

Felda memberi bantuan melalui penyediaan pelbagai kemudahan dan khidmat sokongan bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Tumpuan diberikan kepada empat industri yang utama iaitu industri  asas tani, makanan, kraf dan perniagaan/perkhidmatan.Perkhidmatan merupakan bidang pilihan tertinggi pilihan pengusaha diikuti perniagaan, ternakan, tanaman, kraf, perusahaan dan akuakultur.

Bagi membantu pengusaha yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaannya, Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF) diwujudkan dalam bentuk bantuan untuk pinjaman infra dan mesin.Peluang meraih kejayaan sebagai usahawan di tanah rancangan sudah lama terbuka, hanya menunggu peluang digunakan dan diambil untuk menempah kejayaan.   Selain itu, bantuan dari segi latihan, khidmat nasihat dan lain-lain bantuan sokongan akan terus diberikan bagi meningkatkan motivasi diri, kemahiran dan prestasi perniagaan.

 

      

      

                             Kawasan perniagaan yang terdapat di Felda Redong 1

                                 

STATISTIK PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN DI FELDA REDONG 1

BIL

JENIS PERNIAGAAN

BIL PENGUSAHA

1

KEDAI RUNCIT

15

2

KEDAI MAKAN

5

3

BENGKEL MOTOR/KERETA/KIMPALAN

4

4

GUNTING RAMBUT

1

5

PASAR BASAH

2

6

CYBER CAFÉ/ ELEKTRIK

2

7

SERBANIKA/PERABUT/HARDWARE

1

8

JAHITAN

2

JUMLAH KEDAI YANG DIBINA

32