Tidak dapat dinafikan, kedudukan ekonomi adalah amat penting bagi menjamin keselesaan dalam kehidupan. Keselesaan yang diperolehi kebanyakannya bergantung kepada kekukuhan kewangan. Keusahawanan adalah salah satu bidang yang boleh diceburi bagi mempelbagaikan dan menambah pendapatan.  Bidang keusahawanan turut ditekankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pintu rezeki yang utama.

Selaras dengan teras  kedua Felda untuk menjadikan peneroka felda golongan berpendapatan pertengahan, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menggalakkan warga peneroka supaya menceburi bidang keusahawanan.  Dengan menceburi bidang keusahawanan, pergantungan penuh peneroka kepada pendapatan daripada hasil ladang dapat dikurangkan dan pendapatan sampingan dapat dipelbagaikan.

Felda memberi bantuan melalui penyediaan pelbagai kemudahan dan khidmat sokongan bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Tumpuan diberikan kepada empat industri yang utama iaitu industri  asas tani, makanan, kraf dan perniagaan/perkhidmatan.Perkhidmatan merupakan bidang pilihan tertinggi pilihan pengusaha diikuti perniagaan, ternakan, tanaman, kraf, perusahaan dan akuakultur.

Bagi membantu pengusaha yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaannya, Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF) diwujudkan dalam bentuk bantuan untuk pinjaman infra dan mesin.Peluang meraih kejayaan sebagai usahawan di tanah rancangan sudah lama terbuka, hanya menunggu peluang digunakan dan diambil untuk menempah kejayaan.   Selain itu, bantuan dari segi latihan, khidmat nasihat dan lain-lain bantuan sokongan akan terus diberikan bagi meningkatkan motivasi diri, kemahiran dan prestasi perniagaan.

 

      

      

                             Kawasan perniagaan yang terdapat di Felda Redong 1

                                 

STATISTIK PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN DI FELDA REDONG 1

BIL

JENIS PERNIAGAAN

BIL PENGUSAHA

1

KEDAI RUNCIT

15

2

KEDAI MAKAN

5

3

BENGKEL MOTOR/KERETA/KIMPALAN

4

4

GUNTING RAMBUT

1

5

PASAR BASAH

2

6

CYBER CAFÉ/ ELEKTRIK

2

7

SERBANIKA/PERABUT/HARDWARE

1

8

JAHITAN

2

JUMLAH KEDAI YANG DIBINA

32