Pada 1 Ogos 2023, bertempat di Wisma Peneroka Felda Redong telah diadakan Bengkel Pembuatan Minyak Wangi Kereta, Bilik Tidur dan Bilik Air yang mana kelas kali  ini di ajar dari pihak SpaKg. Bengkel ini merupakan salah satu kelas kemahiran dan ia merupakan kelas lanjutan daripada pembuatan sabun daripada minyak terpakai. Kelas ini dianjurkan secara bersama dengan GPW Felda Redong yang mana penyertaannya terbuka kepada komuniti setempat. Tiada cas penyertaan dikenakan kepada peserta.

Untuk kelas kali ini peserta bengkel dikehendaki membawa 2 biji cawan, 1 botol kaca penutup, 5 helai daun pandan wangi dan  juga gunting. Tenaga pengajar memberi info cara pembuatan minyak wangi kereta, bilik tidur dan bilik air. Selain itu juga, ia juga memberi langkah-langkah serta tips-tips baagi menghasilan minyak wangi kereta, bilik tidur dan bilik air yang mana jika tersilap langkah boleh minyak wangi tidak dapat dihasilkan.Campuran DPM (Dipropylene Glycol Methyl) dan FO (Frangrance Oil) sebanyak 10ml setiap satu dibancuh didalam cawan sebelum diperam selama seminggu di dalam botol yang gelap.

  • Tempat peraman campuran juga hendaklah didalam kawasan yang gelap ataupun terlindung daripda cahaya. Hasil peraman yang dicampur dengan daun pandan boleh dijadikan pewangi, manakala hasil peraman yang dicampur dengan air suling boleh dijadikan pewangi kenderaan, bilik air dan bilik tidur.
  • Selain itu juga demo dan latihan praktikal penjagaan kulit juga turut diadakan. Diakhir kelas peserta boleh membeli barang-barang mentah bagi membuat minyak wangi di rumah sendiri.

 


Satu program lawatan dan penyampian mok cheque di Pusat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Saadah Daerah Segamat (PKAYIS) telah diadakan pada 13 November 2019 yang lalu. Program ini telah berlangsung di Pusat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Saadah (PKAYIS), Km 5 Jalan Muar , 8500 Segamat.

Program ini merupakan program bersama di antara Gerakan Persatuan Wanita (GPW ) Felda redong, JKKR Felda Redong, MBFM Felda Redong, KAF Felda Redong serta Pengurusan Felda Redong.

Penyampaian mok cheque telah disampaikan oleh Tuan Haji Amat Jupri Bin Dakir, Timbalan Pengerusi JKKR merangkap  Ketua Peneroka Felda Redong kepada Tuan Haji Tahir Bin Masri, Yang Dipertua PKAYIS telah disaksikan oleh Puan Hajah Rukiah Binti Rahmat, pengerusi GPW Felda Redong dan En Mazlan Bin Abd Khalid, Pengurus Felda Redong.

Lawatan yang bertujuan untuk mengukuhkan ukheah dan menyantuni warga PKAYIS ini diisi dengan lawatan ke kawasan PKAYIS itu sendiri serta sesi ucapan dan penyampian sumbangan kepada PKAYIS.


Tanggal 30 April 2019, Selasa bertempat di Masjid Nurul Falah Felda Redong telah diadakan Majlis Penutupan Yassin anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Redong.

Majlis ini diadakan secara bergotong royong bermula dari sebelah pagi dengan bergotong royong mengadakan juadah bagi majis yang berlangsung pada sebelah petangnya. Majlis yassin telah diadakan di sebelah petang dan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Bin Talib, Imam Masjid Nurul Falah Felda Redong.

Majlis ini merupakan majlis penutup yassin dan program ini diadakan bagi tujuan menyambut kedatangan ramadhan 1440h/ 2019m yang bakal menjelma yang akan datang. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan komuniti Felda Redong.


Penutupan Majlis Tadarus Al-Quran telah dilangsungkan pada 25 Mei 2019 yang lalu di Masjid Nurul Falah Felda Redong. Majlis Tadarus Al-Quran telah dianjurkan oleh GPW Felda Redong 1 untuk komuniti setempat dan majlis ini diadakan sempena sambutan Nuzul Al-Quran.

Majlis Tadarus Al-Quran dimulakan dengan solat dhuha diikuti dengan solat hajat sebelum diadakan tadarus Al-Quran beramai-ramai. Tadarus Al-Quran dibuat secara dengan membahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil. Kemudian disusuli dengan khatam Al-Quran secara beramai-ramai.

Setiap yang hadir ke majlis tersebut juga  diberi sedikit cindermata sebagai tanda kenangan. Majlis Tadarus Al-Quran berlangsung dengan meriah dan sederhana.


AIM Felda Redong yang terdiri daripada 2 pusat telah menganjurkan secara bersama Majlis Yassin 2019 telah berlangsung pada 18 April 2019, Khamis di Masjid Nurul Falah Felda Redong. Majlis Yassin ini terdiri daripada ahli AIM Felda Redong  dan jemputan khas yang terdiri daripada Badan NGO yang terdapat di Felda Redong.

Majlis Yassin 2019 ini telah diadakan secara bergotong royong di kalangan ahlinya. Majlis Yassin 2019 ini telah dipimpin oleh Puan Hajah Rukiah Binti Rahmat, Pengerusi GPW Felda Redong dan diselitkan juga dengan ceramah ringkas serta tahlil ringkas.

Majlis Yassin ini diadakan bagi menyambut kedatangan ramadhan 1440h yang akan datang dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan ahlinya.