Pada 24 Jun hingga 3 Julai 2018, telah berlangsungnya aktiviti marhaban oleh Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Redong, KAF Felda Redong dan Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong walaupun sambutan hari raya Aidilfitri sudah sudah lama berlalu tetapi kemeriahannaya masih dirasai terutama di komuniti Felda Redong.

Kunjungan dari rumah ke rumah oleh rombongan marbahan, yang merupakan tradisi turun menurun penduduk kampung itu, telah menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan hari raya.

Rombongan marhaban ini mula bergerak dari 2 petang hingga lewat petang, dengan membuat  kunjungan ke atas rumah-rumah di komuniti Felda Redong.

Selain bertujuan memeriahkan suasana raya dan saling bermaafan, mereka juga akan berzanji dan mendoakan kesejahteraan untuk penghuni rumah yang mereka lawati.

Tuan rumah pula yang menyambut rombongan marhaban akan menyediakan pelbagai masakan, selain ketupat, lemang rendang dan  lodeh, akan turut mengetengahkan masakan tradisi yang unik yang jarang ditemui.