Bertempat di Masjid Nurul Falah Felda Redong telah berlangsungnya Majlis  Forum Perdana Ehwal Islam 2019 bersama  Bahagian Dakwah Agama Johor, Pejabat Agama Daerah Segamat dengan kerjasama Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong sempena sambutan maal hijrah.

Majlis telah diadakan pada hari isnin, 7 Oktober 2019 bermula dari jam 7.15 malam dengan dimulai dengan solat fardhu maghrib berjemaah . Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus Felda Redong dan disusuli majlis forum. Selepas itu, diadakan adalah solat fardhu isyak berjemaah dan jamuan ringan.

Majlis forum kali ini telah disampaikan oleh Tuan As'syeikh Ustaz Haji Mohd Taufik Bin Dato' Kiyai Shamsuddin dari Kadhi Daerah Muar, Tuan As'syeikh Ustaz Mohd Nazri Bin Abd Rahman dari Kadhi Tangkak Ledang dan Tuan As'syeikh Ustaz Mohd Zaini Bin Mohd Salleh dari Kadhi Daerah Segamat.

 


Bertempat di Masjid Nurul Falah Felda Redong, telah berlangsung Program Semarak Seni Maufakat Johor 2017 Forum Perdana Dun Kemelah anjuran bersama Pengurusan Felda Redong, Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong, Pejabat Agama Daerah Segamat, SPRM Johor serta Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor pada 23 November 2017.

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Ayub Bin Rahmat,  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah

 

Majilis bermula dari petang dengan aktiviti gotong royong memasak bagi tujuan penyediaan program makan sekampung yang bermula selepas maghrib. Selepas solat isyak telah diadakan Forum Perdana bagi mengisi program hari tersebut. Penceramah untuk program Forum Perdana ini telah disediakan oleh Pejabat Agama Daerah Segamat.

Selain itu juga, penyampaian bantuan kepada komuniti setempat telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah yang ditaja dari pihak Jakel.

 

Majlis Forum Perdana ini turut dihadir oleh Dato Hj Azmi Alias Pengarah SPRM Johor dan En Megat wakil pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diantara pihak agensi kerajaan iaitu SPRM dan juga Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor dan komuniti setempat.

Gambar disini.


Turut hadir pemimpin setempat iaitu YB Anuar Manap, Ahli Parlimen Sekijang(berbaju jalur) dan juga YB Datuk Ayub Bin Rahmat,  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah(berbaju kemeja putih)

 

Hari Raya Aidil Adha telah disambut di Malaysia pada 1 September 2017 bersamaan dengan hari Jumaat. Sudah menjadi kelaziman atau sinonim apabila kita memperkatakan Hari Raya Aidil Adha dikaitkan dengan ibadah korban. Pada tahun ini, Ibadah Korban yang dilaksanakan secara berkelompok di Felda Redong diadakan pada 2 September 2017, Sabtu iaitu pada hari raya ke dua.

 YB Anuar Bin Manap turut serta dalam gotong royong memotong daging ibadah korban

Sudah menjadi kelaziman ibadah korban ini dijalankan secara berkelompok di adakan di Masjid Nurul Falah Felda Redong. Ibadah korban ini dijalankan di kawasan kebun di sebelah Masjid Nurul Falah Felda Redong. 

 

Ibadah korban yang dijalankan di Masjid Nurul Falah,Felda Redong dijayakan secara gotong royong.

 

Ibadah korban ini dijalankan secara gotong royong oleh penduduk Felda Redong. Daging ibadah korban ini diagihkan kepada semua penduduk di kawasan Felda Redong. Ibadah korban ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan komuniti Felda Redong.


Taman permainan  Felda Redong merupakan sebuah kawasan terbuka  yang direka supaya kanak-kanak dapat bermain di sini. Taman permainan Felda Redong terletak di jalan utama iaitu Jalan Felda Redong ke Felda Selancar, Pahang (jalan alternatif ke pantai timur).Taman permainan ini bersebelahan dengan PDK Sinar Cahaya Felda Redong dan berhampiran juga dengan Gerai JKKR Felda Redong.

 

Peralatan yang terdapat disini seperti gelongsor, buaian, jongkang- jongket,palang besi serta tapak refleksologi untuk kegunaan komunti Felda Redong. Biar pun ringkas sahaja kemudahannya, tetapi sedikit sebanyak memberikan satu kawasan permainan kepada kanak-kanak di Felda Redong terutamanya di waktu petang. Selain itu juga, disediakan pondok berhampiran kawasan taman permainan Felda Redong untuk beristirehat.

   

Pada 10 Mac 2017, yang lalu telah diadakan gotong royong bagi membersihkan serta mengindahkan lagi kawasan sekeliling di taman permainan Felda Redong ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna.