Turut hadir pemimpin setempat iaitu YB Anuar Manap, Ahli Parlimen Sekijang(berbaju jalur) dan juga YB Datuk Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah(berbaju kemeja putih)
Hari Raya Aidil Adha telah disambut di Malaysia pada 1 September 2017 bersamaan dengan hari Jumaat. Sudah menjadi kelaziman atau sinonim apabila kita memperkatakan Hari Raya Aidil Adha dikaitkan dengan ibadah korban. Pada tahun ini, Ibadah Korban yang dilaksanakan secara berkelompok di Felda Redong diadakan pada 2 September 2017, Sabtu iaitu pada hari raya ke dua.
YB Anuar Bin Manap turut serta dalam gotong royong memotong daging ibadah korban
Sudah menjadi kelaziman ibadah korban ini dijalankan secara berkelompok di adakan di Masjid Nurul Falah Felda Redong. Ibadah korban ini dijalankan di kawasan kebun di sebelah Masjid Nurul Falah Felda Redong.
Ibadah korban yang dijalankan di Masjid Nurul Falah,Felda Redong dijayakan secara gotong royong.
Ibadah korban ini dijalankan secara gotong royong oleh penduduk Felda Redong. Daging ibadah korban ini diagihkan kepada semua penduduk di kawasan Felda Redong. Ibadah korban ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan komuniti Felda Redong.