Nama                   :   Nur Ain Najwa binti Haslisan          
Umur : 16 Tahun
Ahli : 8 Mei 2010

 

Latar belakang

Nur Ain Najwa binti Haslisan merupakan anak yatim sejak 8 tahun yang lalu dan merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Lebih dikenali sebagai adik dikalangan saudara mara dan Najwa dikalangan rakan taulan. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 4 di SMK Tenang Stesen.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Beliau merupakan diantara mereka yang terawal mendaftar sebagai ahli ketika Pusat Ekonomi Digital Felda Redong dibuka sekitar tahun 2010 yang mana dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). Namun begitu, beliau tidak berpeluang untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat kerana sering berpindah randah dari satu kawasan ke satu kawasan lain dan kawasan yang didiami tiada liputan internet dan kemudahan ICT. Oleh yang demikian, beliau agak tertinggalan dalam bidang ICT

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital

Sekembalinya keluarganya kembali dan menetap ke rancangan Felda Redong lebih kurang 2 tahun lalu beliau bersama kakaknya telah mengikuti program serta kelas yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Redong dari semasa ke semasa. Beliau kini mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Office dan juga ICT.

Beliau sememangnya aktif  mengikuti pertandingan serta kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Redong seperti pertandingan poster, pertandingan video kreatif, bengkel terokai komputer, kelas kecantikan serta bengkel menghasilkan sabun daripada minyak terpakai.

Asas komputer dan Microsoft Office

Nama        : Nur Sarah Sofiyyah Binti Norzli

Umur        : 20 tahun

Ahli           : 8 Oktober 2020

 

Latar belakang

Nur Sarah Sofiyyah Binti Norzli lebih dikenali sebagai Sara merupakan anak sulung daripada tiga beradik terdiri daripada 2 orang perempuan dan seseorang lelaki. Sara merupakan cucu peneroka Felda Redong dan baharu sahaja habis belajar di dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam (Teknoli Pembinaan) serta menunggu untuk majlis konvokesyennya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sara mula mendaftar sebagai ahli pada 8 Oktober 2020 sebaik sahaja bagi mengisi masa lapangnya yang mana beliau baharu sahaja selesai menghabiskan pembelajaran di dalam Diploma Kejuruteraan Awam (Teknologi Pembinaan) dari Kolej Vokasional Batu Pahat dan masih menunggu untuk majlis konvokesyennya. Masa yng terluang beliau telah hadir ke sini bagi memantapkan lagi kemahiran di dalam menggunakan Microsoft Office dengan lebih mendalam.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebaik sahaja tamat pembelajarannya, Sara telah memohon kerja dan menghadiri temuduga di MM Kafalah Agency. Kini beliau telah berkerja di MM Kafalah Agency dibahagian pentadbiran.


Asas komputer dan Microsoft Office

Nama        : Siti Masrimawati Binti Masri

Umur        : 45 tahun

Ahli           : 8 Disember 2011

 

Latar belakang

Siti Masrimawati Binti Masri, 45 tahun merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan dan  seorang anak lelaki yang mana merupakan orang kurang upaya (OKU). Beliau bekerja sebagai kerani di Koperasi Felda Redong. Kini beliau mula-mula berjinak untuk berniaga bagi mengisi masa lapang dengan mengeluarkan produk keluaran beliau sendiri iaitu jus roselle dan jam roselle.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum mengikut kelas ICT, beliau bekerja di stesen minyak sebagai pembantu pam. Apabila pihak PEDi Felda Redong membuat promosi kelas asas komputer telah menarik minat beliau untuk mengikuti kelas tersebut.

Beliau pada awalnya malu untuk mengikuti kelas tersebut disebabkan usia beliau lantaran pada masa itu, kebanyakan kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong diikuti oleh pelajar-pelajar sekolah berbanding dengan orang dewasa.

Oleh yang demikian, pihak PEDi Felda Redong mengambil insiatif mengadakan kelas untuk beliau berpandukan kepada kesesuaian masa beliau. Setelah berbincang bersama-sama dengan beliau, pihak PEDi Felda Redong telah mengadakan kelas beliau setiap sesi selama 1 jam sahaja dan dibuat ketika waktu rehat kerja beliau sehingga beliau mahir dan tamat mengikuti ke semua modul.

Beliau didedahkan dengan asas computer, system operasi, internet, email dan aplikasi Microsoft office iaitu Microsoft word, Microsoft excel dan Microsoft power point. Untuk beliau pihak PEDi Felda Redong telah memberi focus lebih mendalam dan khusus  kepada penggunaan aplikasi office bagi menguruskan akaun dan kewangan perniagaan, menyediakan sebut harga, tuntutan pembayaran bagi sesebuah oraginasasi, membuat memo, surat-menyurat dan membuat minit mesyuarat serta menggunakan email dengan cara yang selamat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Setelah menamatkan kelas ICT beliau telah memohon jawatan kosong di Koperasi Felda Redong sebagai kerani. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran menggunakan computer  beliau diterima menjadi sebagai kerani di Koperasi Felda Redong.

Dengan mengikuti Kelas ICT sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapat kerja tersebut. Melalui hasil pembelajaran secara terancang yang telah dipelajari di PEDi Felda Redong, beliau mampu menjalankan tugas beliau sebagai kerani di Koperasi Felda Redong dengan lebih cekap dan sistematik.

Kini beliau mengorak langkah dengan lebih jauh, apabila mula berjinak-jinak dalam tanaman roselle di kawasan sekeliling rumahnya. Hasil tuaian roselle itu beliau telah memproses menjadi jus dan jem roselle dan memasarkan hasil produknya melalui whatapps group.


Asas komputer dan Microsoft Office

Nama        : Nur Zafirah  Balqis Binti Zamri

Umur        :  21 tahun

Ahli           : 8 Disember 2011

 

Latar belakang

Nur Zafirah Balqis Binti Zamri lebih mudah dikenali sebagai Qis merupakan anak sulung daripada 2 orang adik – beradik yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Seorang yang pendiam dan pemalu tetapi seorang yang aktif menari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Ketika masih menuntut di SMK Tenang Stesen beliau hanya mengikut kelas ICT yang asas sahaja. Sebaik sahaja tamat periksa SPM, beliau terus bekerja di kedai kosmetik di Segamat dan kemudian  bekerja di Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor selama 2 tahun kerana minatnya di dalam bidang tarian. Selepas itu, beliau telah bekerja di Legoland Malaysia sebagai crew event sebelum berhenti akibat pendemik Covid-19.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Setelah kehilangan kerja dari impak pendemik Covid-19, beliau  telah pulang ke Felda Redong. Bagi mengisi masa yang terluang beliau telah mengikuti kelas ICT intensif di dalam Microsoft Office serta email dengan lebih mendalam  bagi memohon pekerja yang lain yang memerlukan kemahiran computer.

Sebaik sahaja tamat kursus beliau telah menghadiri temuduga sebagai seorang kerani di Pasir Gudang dan beliau berjaya dalam temuduga tersebut.


Asas komputer, Microsoft  Office dan Dashboard Komuniti.

 Nama  : Mohamad Bin Leman
 Umur  : 68
 Ahli  : 21 Jun 2010

 

Latar belakang

En Mohamad Bin Leman, 68 tahun merupakan diantara orang yang terawal mendaftar sebagai ahli  pada 21 Jun 2010. Beliau merupakan seorang yang aktif mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Felda mahupun PEDi Felda Redong  Beliau merupakan pengerusi bagi Kelab 10 Ribu Langkah dan COMBI Felda Redong serta setiausaha Kelab Petanque Felda Redong. Kini beliau aktif bersukan petanque dengan mengikuti pelbagai pertandingan serta menjadi jurulatih petanque bagi mengisi masa lapang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum melibatkan diri dengan kelas di PEDi Felda Redong, beliau mempunyai tidak mempunyai asas dan pengetahuan menggunakan computer serta teknologi maklumat yang lain. Segala yang melibatkan computer serta teknologi maklumat, beliau akan meminta pertolongan daripada anak beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Semuanya bermula apabila kenalan beliau iaitu En Mohd  Hiszuan Bin Ramli menyatakan hasrat untuk menubuhkan kelab petanque di Felda Redong. Hal ini membuatkan beliau menjadi berminat untuk mengetahui serba sedikit mengenai sukan petanque tersebut.

Oleh yang demikian, beliau telah mendaftar sebagai ahli di PEDi Felda Redong dan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PEDi Felda Redong. Beliau berupaya mencari info-info serta maklumat dan cara-cara bermain sukan petanque. Berbekalkan maklumat serta info yang telah diperolehi olehnya melalui internet, beliau telah menubuhkan serta mendaftarkan kelab tersebut dengan nama Redong Petanque Club (RPC1).

Segala ilmu yang diperolehi dari kelas di PEDi Felda Redong telah membantu beliau menguruskan perjalanan kelab tersebut. Semangat untuk mempelajari sesuatu yang baru itu harus ada dalam setiap orang yang mahu berjaya. Buktinya, hanya dengan mencari maklumat dan info-info terkini tentang sukan petanque, kini beliau mampu untuk bermain sukan petanque dengan baik dan akan terus memperbaiki teknik-teknik permainan beliau di masa akan datang.