Crisp Kapit Ori

Nama  : Mohd Herman Bin Sulaiman

Umur   : 25 Tahun

Ahli     : 2015

 

Produk keluaran Mfge Supplier

Latar belakang

Mohd Herman Bin Sulaiman  lebih dikenali sebagai Maman  merupakan belia felda yang baru sahaja berkecimpung di dalam bidang pembuatan kuih tradisional iaitu kuih kapit. Beliau  baru sahaja menyiapkan bengkel untuk menjalankan perniagaan beliau di kawasan rumah keluarga beliau di No 328 Felda Redong 1. Kini beliau semakin aktif mengikut pelbagai program keusahawana  sama di anjurkan oleh PEDi Felda Redong, Felda mahupun di Kolej Komuniti Segamat 2 bagi mendalami lagi bidang pembuatan serta keusahawan.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong penghujung tahun 2015, beliau baru mula-mula menjinak di dalam bidang pembuatan kuih kapit. Pada ketika ini, beliau masih mencari ilmu berkaitan dengan pemasaran dan juga penyediaan kuih kapit.

Dua dari kanan. Ketika beliau mengikuti Kursus e-Usahawan Desa Siri 3 di Kolej Komuniti Segamat2 anjuran MDEC pada 17 Jun 2016 yang lalu atas saranan dari pihak PEDi Felda Redong

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Setelah mengikuti  kelas ICT beliau berjaya memperkenalkan perniagaan secara online dengan meluas.Permintaan terhadap produk beliau mula mendapat perhatian dari masyarakat sekeliling. Pihak PEDi Felda Redong memberi juga memberi saranan agar beliau membuat permohonan  dan mengikuti kursus di dalam bidang pemprosesan makanan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA. Selain itu juga, pihak PEDi Felda Redong juga memberi cadangan agar beliau mengikuti e-Usahawan dan e-Rezeki dalam program You Can Duit anjuran MDEC yang dijalankan di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam, Segamat.


Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel) serta Email.

 Nama  : En Hadi Bin Karman

Umur   :60 tahun

Ahli      :2014

Latar belakang

En  Hadi  Bin Karman,60 tahun merupakan seorang yang aktif di Felda Redong. Beliau merupakan Pengerusi UMNO Cawangan 2 Felda Redong, Pengerusi Tadika Kemas Felda Redong, Setiausaha Badan Masjid Felda Redong, Setiausaha  BKKK Felda Redong serta AJK  Koperasi Felda Redong. 

Lantaran mempunyai mempunyai jawatan yang penting telah membuka hati beliau untuk mempelajari teknologi maklumat dari semasa ke semasa semenjak PEDi Felda Redong beroperasi dari tahun 2014. Kini beliau mahir menggunakan Microsoft office dan pelbagai aplikasi e-kerajaan yang lain bagi membantu beliau melancarkan skop tugasan beliau.

 

Gambar kenangan selepas mengikuti program KPBU yang lalu yang dianjurkan oleh PEDi Felda Redong

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Redong, semua tugas beliau sama ada surat menyurat serta minit mesyuarat dan lain-lain beliau terpaksa mendapatkan khidmat  taip di cyber café yang terdapat di kawasan Felda Redong. Selain itu, beliau juga meminta pertolongan dan bantu daripada ahli keluarga untuk membantu urusan beliau jika cyber café di kawasan Felda Redong itu tutup. Jika anaknya tidak dapat membantunya, beliau akak pergi mendapatkan khidmat menaip di cyber café di kawasan bandar Segamat. Situasi  yang dialami oleh beliau ini menyebabkan beliau mengambil  keputusan untuk mempelajari computer di PEDi  Felda Redong apabila mula beroperasi sejak dari tahun 2010 lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Lantaran komitmen yang tinggi dan ingin menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lancar beliau telah datang ke PEDi Felda Redong untuk mempelajari Microsoft office serta aplikasi e-kerajaan sehingga mahir secara tidak langsung memudahkan beliau dalam menjalankan tugasnya.

Beliau menggunakan Microsoft word dalam membuat surat permohonan bantuaan kepada pihak yang berkenaan. Selain itu juga mengguna Microsoft excel bagi menyediakan penyata berkaitan insurans kematian bagi Badan  Kebajian Khairat Kematian Felda Redong. Manakala Microsoft powerpoint digunakan bagi menyediakan pembentangan Masjid Cemerlang Felda bagi peringkat wilayah Segamat pada yang lalu.

Beliau juga merupakan seorang yang aktif menggunakan kemudahan yang terdapat di PEDi Felda Redong. Beliau juga sentiasa mengikuti program-program atau pun aktiviti yang dianjurkan oleh pihak  PEDi Felda Redong  dari  semasa ke semasa.


Norryns  Enterprise (JR0069624-H) 

Nama : Puan Surinah Binti Jamil

Umur : 34 Tahun

Ahli   :2010

Pemilik Norryn Enterprise, Puan Surinah Binti Jamil

Latar belakang

Berusia  34 tahun,Puan Surinah Binti Jamil   ibu kepada 2 orang anak lelaki bekerja sebagai pembantu makmal di SMK Munshi Ibrahim, Labis  dan pada masa yang sama   menjalankan perniagaan di atas talian. Beliau mula berkecimpung di dalam bidang pernigaan ini dengan satu produk dahulu iaitu Tati Skin yang mana sebelum ini beliau mempunyai masalah kulit muka yang kronik. Beliau mencubanya produk Tati Skin dan ia dapat mengatasi masalah kulit muka tersebut. Impak dari itu, beliau mula memperkenalkan kepada rakan-rakan dan mula beliau berniaga. Beliau mendaftarkan perniagaannya dengan nama Norryns Enterprise (JR0069624-H) pada 13 September 2016 yang lalu.

Page facebook yang diusahkan oleh Puan Surinah bagi mempromosikan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Pendapatan beliau bergantung sepenuhnya kepada gaji sebagai pembantu makmal di SMK Munshi Ibrahim, Labis serta wang dapur yang diberikan oleh suami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Impak daripada kelas-kelas yang dikuti beliau di PEDi Felda Redong yang juga memberi fokus kepada pemasaran dan pengiklanan yang boleh dibuat di akaun facebook yang mana ia ada percuma dan tidak melibatkan  kos pengiklanan. Permintaan terhadap produk yang dijual juga meningkat dan secara tidak langsung pendapatan beliau juga bertambah. Beliau kini mempunyai pendapatan sampingan yang lain  dan tidak lagi bergantung kepada wang dapur yang diberi oleh suami dan juga gaji sebagai pembantu makmal.


Izzaikhqilah Enterprise.

Nama : Puan Zaleha Binti Paino

Umur : 44 Tahun

Ahli   : 2014

Ketika menyediakan kertas kerja perniagaan dan profail perniagaan bagi dimajukan kepada pihak FELDA dan Pejabat Pertanian Segamat pada tahun 2015.

Latar belakang

Puan Zaleha Binti Paino merupakan seorang ibu tunggal. Sebelum bergelar ibu tunggal beliau sememangnya menerima tempahan kuih muih serta kek bagi mengisi masa lapang dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan keluarga.  Setelah beliau bercerai, beliau memberikan tumpuan dan fokus yang kepada perniagaan ini bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mengikuti kelas di PEDi Felda Redong beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kebiasaanya, tempahan produk yang dihasilkannya ini melalui kawan-kawan rapat serta saudara mara. Beliau juga tidak mempunyai kemahiran di dalam teknologi maklumat.

 

 

Antara produk yang dihasilkan oleh Izzaikhqilah Enterprise

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Setelah mengikuti kelas di PEDi Felda Redong, beliau berupaya untuk menghasilkan profail perniagaannya sendiri dengan pantauan petugas. Profail perniagaan ini digunakan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak FELDA serta Pejabat Pertanian Segamat.

Beliau juga berupaya menggunakan enjin carian, kebiasaanya beliau sentiasa mencari resipi kuih muih yang terkini di laman sesawang.

Kemampuan beliau menguasai bidang ICT secara tidak langsung memudahkan urusan beliau kerana beliau begitu aktif di Kelab 10 Ribu Langkah, Pasukan Sukarelawan Pemantau  Denggi (COMBI) serta Persatuan Ibubapa dan Guru SK Felda Redong.


HanaSharif Enterprise

Nama : Puan Siti Norhana Binti Mad Noor

Umur : 28  Tahun

Ahli    : 2014

Latar belakang

Berusia 27 tahun,Puan Siti Norhana Binti  Mad Noor  ibu kepada 2 orang anak lelaki bekerja sebagai pembantu kedai telefon dan pada masa yang sama   menjalankan perniagaan di atas talian. Sebelum menjalankan perniagaan di atas talian, beliau menggunakan facebook beliau untuk mewar-warkan kumpulan zapin yang ditubuhkannya dan mendapat sambutan dari pelbagai pihak sama daripada pihak kerajaan, swasta mahupun perseorangan. Kumpulan zapin beliau juga berjaya mengondol kejayaan di  beberapa pertandingan yang di jalankan di Segamat. Namun, pada pertengahan 2015 di atas beberapa kekangan beliau terpaksa memansuhkan kumpulan tersebut.

 

Page facebook yang diusahakan oleh beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum mempelajari bidang ICT beliau berniaga secara kecil-kecil dari rumah  ke rumah dan bergiat cergas di dalam bidang kesenian. Pasaran perniagaan adalah terhad kepada komuniti setempat sahaja serta sahabat andai yang mengenali beliau. Ketika ini beliau lebih mengharapkan bantuan dari sahabat andai untuk menolong membuat promosi perniagaannya  dan juga kumpulan zapin. Beliau juga menghantar kumpulan zapin untuk menyertai pertandingan secara tidak langsung boleh mempromosikan kumpulan zapin beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Impak daripada kelas-kelas yang dikuti beliau di PEDi Felda Redong yang juga memberi fokus kepada pemasaran dan pengiklanan yang boleh dibuat di akaun facebook yang mana ia ada percuma dan tidak melibatkan  kos pengiklanan. Permintaan kepada kumpulan zapin bagi membuat persembahan di majlis rasmi serta majlis perkahwinan mendapat sambutan dan perhatian dari penduduk luar. Namun pada pertengahan 2015, beliau terpaksa membubarkan kumpulan zapin beliau di atas beberapa kekangan yang tidak dielakkan. Pada awal tahun 2016, beliau menjalankan perniagaan secara talian yang mana sebelum ini dijual dari  rumah ke rumah mula mendapat perhatian dan kini beliau mula menimbangkan untuk berhenti kerja sebagai pembantu kedai telefon bagi memberi fokus kepada perniagaan beliau. Beliau juga mengharapkan permohonan tapak perniagaan dari pihak FELDA diluluskan  bagi membuka perniagaan cuci kereta (car wash).