Asas Komputer dan Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher) 

Nama        : Nurul Aznita Binti Azmi

Umur         : 9 Tahun

Ahli            : 14 Ogos 2018

 

Latar belakang

Nur Farwizah Izzati Binti Mohd Fuat merupakan pelajar darjah empat di Sekolah kebangsaan Felda Redong. Beliau mula menjadi ahli PEDi Felda Redong pada 14 Ogos  2018 setelah diperkenalkan oleh abangnya. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang beradik. Beliau seorang yang aktif  mengikuti kelas yang mana pada awalnya beliau hanya menemankan rakannya  yang mengikuti kelas di PEDi Felda Redong. Beliau mula tertarik dengan kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong dan beliau merupakan seorang yang mudah memahami apa yang diajar di dalam kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Pada awalnya beliau hanya mengikuti dan menemankan abangnya ketika mengggunakan perkhidmatan di PEDi Felda Redong yang mana abangnya merupakan pengguna tetap di PEDi. Sebelum mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi Felda Redong beliau juga kerap menemankan rakan-rakannya yang mengikuti kelas di PEDi.

Lantaran itu, beliau telah memujuk ibunya untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi Felda Redong. Pada awal ketika mengikuti kelas di PEDi,  beliau tidak mempunyai kemahiran asas penggunaan computer untuk tujuan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Pihak PEDi Felda Redong telah mendekati adik Nur Farwizah Izzati Mohd Fuat untuk mengikuti kelas yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Beliau begitu teruja untuk mengikuti latihan-latihan seterusnya dan menguasai penggunaan computer dengan baik dari sebelum ini. Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  beliau telah menguasai kemahiran menggunakan Microsoft word, Microsoft powerpoint, Microsoft excel dan publisher.

 


Asas Komputer dan Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher) 

Nama        : Nurul Aznita Binti Azmi

Umur         : 9 Tahun

Ahli            : 8 September 2018

 

Latar belakang

Nurul Aznita Bt Azmi lebih dikenali sebagai Nurul merupakan cucu peneroka Felda Redong. Beliau seorang yang sangat rajin dan sangat mempunyai sikap ingin tahu.  Nurul Aznita seorang yang cepat belajar dan mudah diajar walau hanya sekali ditunjukkan demonstrasi dan pengenalan terhadap cara penggunaan komputer yang betul.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Beliau datang ke PEDi Felda Redong setiap hari untuk melayari internet. Oleh kerana ibunya Puan Rusnita seorang yang sangat tegas. Beliau telah menyuruh Nurul Aznita mendaftar ahli di PEDi Felda Redong dan mengikut kelas komputer daripada menghabiskan masa melayari internet tanpa ilmu.

Dengan kesedaran ICT yang semakin penting penggunaannya pada masa kini telah mendorong beliau untuk menguasai  bidang ICT. Justeru itu, modul latihan yang diberikan oleh pihak PEDi Felda Redong adalah Microsoft Office iaitu Microsoft word seperti copy& paste, latihan menaip dan sebagainya. Selain itu, beliau juga didedahkan dengan kelas Microsoft powerpoint , Microsoft excel, open source internet untuk pembelajaran dan cara mambuat enjin carian yang betul dan sebagainya.

Sepanjang menjalani latihan, Nurul Aznita memberikan kerjasama serta fokus terhadap modul pembelajaran yang diajar kerana kelas basic ini sememangnya amat berguna dan memberi kesan kepada pembelajaran di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong melalui  kelas pembelajaran kali ini, beliau berupaya menyempurnakan  kerja kerja sekolah beliau terutamanya di atas talian. Beliau juga mampu untuk membuat latih tubi secara atas talian dengan membuat carian e-pembelajaran secara open source. Di samping itu, pelbagai rujukan dan maklumat online  yang berguna dapat diperolehi oleh beliau.

Kini beliau telah mahir menggunakan ICT dan bergerak maju seiring dengan kawan-kawan yang lain.  Aplikasi kemahiran seumpama ini perlu dikuasai oleh belia untuk berjaya di masa hadapan.


Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher) 

Nama       :Suhaimi Bin Yusri

Umur       :12 Tahun

Ahli          :9 Januari 2018

Latar belakang

Adik Suhaimi Bin Yusri merupakan pelajar darjah enam di Sekolah kebangsaan Felda Redong. Beliau mula menjadi ahli PEDi Felda Redong pada 9 Januari 2018 setelah diperkenalkan oleh rakannya. Beliau merupakan anak pertama dari tiga orang adik beradik. Beliau  seorang yang aktif  mengikuti kelas yang mana pada awalnya beliau hanya menemankan rakanya  yang mengikuti kelas di PEDi Felda Redong. Beliau mula tertarik dengan kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong dan beliau merupakan seorang yang  mudah memahami apa yang diajar di dalam kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum menjadi ahli di PEDi Felda Redong, beliau lebih banyak menghabiskan masa lapangnya dengan permainan di atas talian  di cyber café yang terdapat di Felda Redong. Selain itu juga beliau tidak mempunyai kemahiran asas penggunaan computer untuk tujuan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Pihak PEDi Felda Redong telah mendekati adik  Suhaimi Bin Yusri  untuk mengikuti kelas epembelajaran iaitu kuiz Bahasa Malaysia yang menggunakan platform kahoot. Selepas kelas tersebut, beliau begitu teruja untuk mengikuti latihan-latihan seterusnya dan menguasai penggunaan computer dengan baik dari sebelum ini. Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  beliau dapat menggunakan computer dengan betul dan juga berkebolehan untuk mengformat computer. Selain itu, boleh juga telah menguasai kemahiran menggunakan Microsoft word, Microsoft powerpoint, Microsoft excel dan publisher.


Perniagaan Atas Talian – rangkainan produk  Effenzee ( Effenzee Myracle Lotion ,  Effenzee Myracle Drinxtox ) dan produk IVMIST

Nama       : Puan Shabariah Binti Jamaludin

Umur       :34 Tahun

Ahli         : 25 April 2014

Latar belakang

Puan Shabariah Binti Jamaludin, 34 tahun merupakan anak jati Felda Redong 1 yang kian bergiat berniaga sendiri yang dijalankan di atas talian. Beliau telah mendaftar  sebagai ahli PEDi Felda Redong pada 25 April 2014 yang lalu. Beliau mengusahakan perniagaan atas talian tersebut sejak tahun 2017 bagi mengisi masa lapang dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum  menjadi ahli PEDi Felda Redong beliau banyak bertanya untuk belajar mendalami tentang ICT. Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang ICT. Minatnya semakin mendalam untuk belajar asas ICTdan beliau lebih serius untuk mendalami bidang ICT setelah mengikuti di Kelas Keusahawanan (KPBU). Sejak itu, beliau mula aktif dalam semua aktivit serta program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Redong. Pada mulanya, perniagaan beliau lebih berfokus kepada rakan-rakan sebaya dan pendapatannya sekitar RM 300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  beliau dapat menguasai Microsoft Office dengan baik secara tidak langsung memudahkan segala dokumentasi perniagaan sendiri. Penguasaan yang baik di dalam bidang teknologi computer juga secara tidak langsung memudahkan segala menyediakan segala laporan dan kertas kerja bagi menganjurkan sebarang program di dalam persatuan yang beliau terlibat. Beliau juga menjadikan laman social iaitu facebook dan whatapps sebagai platform untuk menjalankan perniagaan di atas talian. Kini pendapatan beliau meningkat 100% dari sebelum ini.


Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher) 

Nama   :Khairul Nizar Azman Bin Rezuan

Umur    :12 Tahun

Ahli      : 10 Ogos 2014

 

Khairul Nizar Azman ketika mengikuti bengkel pemasangan komputer dan pemasangan sistem  pengoperasian komputer.(Berbaju kuning dan hitam)

Latar belakang

Khairul Nizar Azman Bin Rezuan lebih dikenali sebagai Khairul dikalangan rakan-rakan merupakan anak bongsu dari 3 beradik tinggal bersama datuk dan nenek di Felda Redong. Beliau berusia 12 tahun merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Felda Redong. Beliau juga seorang yang aktif  mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong dan mudah memahami apa yang diajar di dalam kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Khairul pada awalnya hanya mengikut dan menemankan kakaknya ketika mengggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi Felda Redong. Kemudian neneknya telah mendaftarkannya sebagai ahli PEDi bagi mengikuti kelas komputer pada hujung minggu. Beliau seorang yang aktif dan banyak bertanya. Ketika di dalam kelas didapati beliau memang mengalami sedikit masalah untuk memahami sesuatu subjek yang diajar. Oleh yang demikian, beliau perlu diajar dengan penyampaian yang ringkas serta mudah difahami dan petugas perlu memberi lebih perhatian serta membuat latihan tambahan yang lebih berbanding rakan-rakannya yang lain bagi memahami konsep tersebut. Namun demikian, beliau dapat membuat semua aktiviti dan latihan dengan jayanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong  beliau dapat menggunakan computer dengan betul dan juga berkebolehan untuk mengformat computer. Selain itu, boleh juga telah menguasai kemahiran menggunakan Microsoft word, Microsoft powerpoint, Microsoft excel dan publisher.