Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher)
Nama :Khairul Nizar Azman Bin Rezuan Umur :12 Tahun Ahli : 10 Ogos 2014 |
Khairul Nizar Azman ketika mengikuti bengkel pemasangan komputer dan pemasangan sistem pengoperasian komputer.(Berbaju kuning dan hitam)
Latar belakang
Khairul Nizar Azman Bin Rezuan lebih dikenali sebagai Khairul dikalangan rakan-rakan merupakan anak bongsu dari 3 beradik tinggal bersama datuk dan nenek di Felda Redong. Beliau berusia 12 tahun merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Felda Redong. Beliau juga seorang yang aktif mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Redong dan mudah memahami apa yang diajar di dalam kelas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Khairul pada awalnya hanya mengikut dan menemankan kakaknya ketika mengggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi Felda Redong. Kemudian neneknya telah mendaftarkannya sebagai ahli PEDi bagi mengikuti kelas komputer pada hujung minggu. Beliau seorang yang aktif dan banyak bertanya. Ketika di dalam kelas didapati beliau memang mengalami sedikit masalah untuk memahami sesuatu subjek yang diajar. Oleh yang demikian, beliau perlu diajar dengan penyampaian yang ringkas serta mudah difahami dan petugas perlu memberi lebih perhatian serta membuat latihan tambahan yang lebih berbanding rakan-rakannya yang lain bagi memahami konsep tersebut. Namun demikian, beliau dapat membuat semua aktiviti dan latihan dengan jayanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong beliau dapat menggunakan computer dengan betul dan juga berkebolehan untuk mengformat computer. Selain itu, boleh juga telah menguasai kemahiran menggunakan Microsoft word, Microsoft powerpoint, Microsoft excel dan publisher.