Kafe moden berkonsepkan hipster sememangnya menjadi pilihan dan tumpuan ramai terutama anak-anak muda pada masi kini. Selain menjadi tempat lepak mahupun temu janji, kafe-kafe estetik ini sudah menjadi trend dan pilihan untuk mereka berswafoto.
Maka tidak hairanlah jika terdapat banyak kafe yang berkonsep urban, Inggeris, retro moden dan tradisional menjadi tarikan kepada pengunjung bukan sahaja dalam kalangah rakyat Malaysia malahan menjadi salah satu konsep kafe yang terdapat di Felda Redong.
Bersesuaian dengan namanya, Kopi Bancho yang terletak di kawasan komuniti Felda Redong yang menawarkan suasana tenang untuk para pengunjung. Kopi Bancho ini sering dikunjungi bukan hanya menawarkan harga yang berpatutan bahkan pilihan menu yang disajikan juga menarik dan enak untuk dicuba.
http://feldaredong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId7b2b05d47a
Kopi Bancho yang terletak berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak dan terletak di kawasan perniagaan tersusun di Felda Redong menawarkan suasana yang amat sesuai untuk ada lepak dan bersantai bersama-sama teman-teman dan insan tersayang.
Kopi Bancho menawarkan pelbagai aneka kopi yang sering mendapat sambutan daripada pengunjung seperti Cappucino, Caramel Macchiato, Vanila Coffe latte dan Matcha Latte.
Jika anda bukan seorang pengemar coffe, anda juga boleh mencuba pilihan minuman lain yang tersedia seperti milo, air coklat dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda menginginkan ketenangan sambil bersantai dengan ditemani hidangan makanan dan minuman yang lazat, bolehlah singgah ke Kopi Bancho.
Alamat:
Lokasi : No.8, gerai Felda Redong 1,85000 Segamat Johor
Waktu Beroperasi:
11:00 Pagi - 7:00 Malam
Dibuka Setiap Hari Kecuali Hari Ahad
No. Telefon:
+60 13-787 3722
Kedai Nasi Ayam Pak Mus adalah kedai yang agak popular di Segamat dan ia mempunyai banyak cawangan. Restoran ini mengkhusus menyajikan menu nasi ayam sahaja. Nasi ayam yang dihidangkan disini adalah nasi ayam yang telah terkenal dan menjadi sebutan ramai dan ianya adalah resepi yang sama sejak turun temurun. Harganya juga berpatutan dan menjadi tumpuan pengemar nasi ayam. Nasi Ayam Pak Mus merupakan legasi turun temurun resepi En Mustafa Yusof sejak tahun 1980an lagi. Jenamanya iaitu ‘Nasi Ayam Gemas Pak Mus’ telah terkenal bukan sahaja kawasan setempat di Gemas malah juga di Johor dan sejauh di Singapura, Kuala Lumpur, Seremban, Pahang dan Melaka. Jika anda ke Segamat dan ingin merasa kelazatan Nasi Ayam Gemas, anda boleh singgah ke restauran Pak Mus ini yang terletak di Taman Yayasan dan juga di Bandar Utama. Pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa dan sangat mengikuti selera rakyat Malaysia.
Restauran ini sentiasa menyajikan nasi ayam yang berkualiti dan segar dan dihidang dalam portion yang besar. Antara kelainan hidangan nasi ayam di sini adalah ayamnya dihidangkan dengan sos istimewa. Nasinya wangi dan rasa kuat stok ayam dalam nasi. Nasinya dimasak sempurna, tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembik. Harganya sangat berpatutan iaitu serendah RM7.50 dan pelanggan boleh memilih untuk dihidang secara berasingan atau set keluarga.
Alamat Cawangan Taman Yayasan:-
16 Jalan Bistari 4/8,
Taman Yayasan, 85010 Segamat, Malaysia
Alamat Cawangan Bandar Utama:-
No 36 jln utama3/3,
Pusat Komersial Bandar Utama Segamat,
Segamat 85000
Masa operasi :
BUKA: Sabtu - Khamis
11 pg - 5 ptg
TUTUP: Jumaat
[minggu 1,2&3]minggu ke4 - Buka
No telefon:
012-7651851
Koordinat:
2.549545, 102.793059 (Taman Yayasan)
Kafe Pondok Kita merupakan salah sebuah restoran Melayu yang bertemakan konsep urban. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis masakan seperti masakan melayu, western, menu ringan, dan menu istimewa Pondok Kafe sendiri.
Apa yang membuatkan kafe ini sentiasa dikunjungi ramai pelanggan adalah ciri-ciri rekabentuk hiasan dalamannya yang selesa, moden, unik, ringkas, cantik selain daripada makanan di situ yang menyelerakan dan menepati citarasa setiap pelanggan.
Istimewanya di kafe tersebut, mereka menyediakan menu istimewa melambangkan Kafe Pondok Kita seperti mee pondok, pondok plate, mee lanun udang, dan beberapa jenis menu lagi yang pastinya sangat menarik dan sedap.
Alamat:
No tel: 017-2011223 ( Mohd Zhaffran)
Masa operasi : 5.00 petang - 2.00 pagi
Koordinat: 2.5019999, 102.8255
Ngopi Cafe merupakan sebuah cafe yang berkonsep kontena pertama di Segamat yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Ngopi Cafe terletak di Ladang Kelulut Nova Holistic Organic Trigona Farm di Tanah Banjir, Tebing Tinggi Segamat. Untuk sampai ke sini, pengunjung perlulah masuk melalui Tebing Tinggi.
Ngopi Cafe menawarkan pelbagai jenis juadah namun lebih memberi fokus kepada Masakan Western dan Masakan Cina.
Selain itu juga, Ngopi Cafe menyediakan tempahan tempat dan bilik khas untuk sebarang majlis seperti sambutan hari jadi.
Alamat:-
Masa operasi :
Buka setiap hari kecuali hari isnin
dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
No telefon:
013-7022157
Koordinat:
2.469155, 102.758974
Facebook:
Resepi kelas masakan yang dijalankan pada 8 Februari 2017 (Rabu) di Wisma Peneroka Felda Redong.
Bahan-bahannya:-
- 1 cawan tepung gandum
- 1 mangkuk isi udang (kisar)
- 1 biji bawang holand (dadu)
- serbuk black paper
- garam
- serbuk roti secukupnya
- 5 biji kentang (rebus lenyek)
- cheedar cheese/mozarella cheese
- daun bawang
- serbuk lada sulah
- 1sudu minyak masak
- 2 biji telur
- minyak masak.
Cara-caranya:-
1. Campurkan tepung gandum + ubi kentang + bawang + daun bawang + minyak masak +garam + lada sulah + black peper - gaul sekali.
2. Jika lembek taburkan sedikit tepung lagi
3. Perapkan adunan 1 jam dalam peti ais
4. Selepas dikeluarkan dari peti ais, ambil sedikit bancuhan, potongkan cheedar cheese, bentukan bebola.
5.Gaulkan bancuhan dalam telur dan golekkan pula dalam serbuk roti
6.Fozenkan sebentar dalam peti ais supaya kita mudah untuk menggorengnya.
7.Gunkaan minyak panas dengan api yang sederhana untuk mencairkan cheese di dalamnya.
8.Gorengkan sampai kuning keemasan dan dihidangkan bersama sos cili.