Kafe Pondok Kita merupakan salah sebuah restoran Melayu yang bertemakan konsep urban. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis masakan seperti masakan melayu, western, menu ringan, dan menu istimewa Pondok Kafe sendiri.

 

Apa yang membuatkan kafe ini sentiasa dikunjungi ramai pelanggan adalah ciri-ciri rekabentuk hiasan dalamannya yang selesa, moden, unik, ringkas, cantik selain daripada makanan di situ yang menyelerakan dan menepati citarasa setiap pelanggan.

 

Istimewanya di kafe tersebut, mereka menyediakan menu istimewa melambangkan Kafe Pondok Kita seperti mee pondok, pondok plate, mee lanun udang, dan beberapa jenis menu lagi yang pastinya sangat menarik dan sedap.

Alamat:

Kafe Pondok Kita,
292D Jalan Salim, Kampung Abdullah,
85000 Segamat
Johor(berhampiran Econsave Segamat)

No tel: 017-2011223 ( Mohd Zhaffran)
Masa operasi : 5.00 petang - 2.00 pagi
Koordinat: 2.5019999, 102.8255