MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - NEGERI
Johor Darul Takzim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang. Johor Darul Takzim mempunyai 10 buah daerah.
Peta Negeri Johor Darul Takzim
MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA - DAERAH
Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan:
- dua (2) buah negeri lain = Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur.
- enam (6) buah daerah lain = daerah Muar dan Kluang di selatan, daerah Tampin di barat laut, daerah Rompin di timur laut, Batu Pahat di sebelah tenggara dan daerah Tangkak di barat.
Keluasan daerah segamat ialah 282,534.5 hektar bersamaan dengan 2,825.4 kilometer persegi. Daerah Segamat mempunyai 11 mukim.
Peta Mukim Di Daerah Segamat
(Laman web: Majlis Daerah Segamat dan https://ms.wikipedia.org/wiki/Segamat)
MAKLUMAT KEDUDUKAN & PETA -FELDA REDONG 1
Felda Redong 1 terletak di tengah-tengah laluan utama dari pantai timur ke Johor Bahru. Bandar yang berhampiran dengan Felda Redong 1 ialah Segamat. Jarak ke bandar Segamat lebih kurang 30km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan, serta kira-kira 25km dari Pejabat Felda Wilayah Segamat. Kawasan penempatan Felda yang lain dan berhampiran dengan Felda Redong 1 ialah Felda Kemelah (18km) dan Felda Tenang (26km). Selain itu, Felda Redong 1 juga terletak bersebelahan dengan perkampungan orang Asli iaitu Kampung Segamat Kecil.
Peta Kedudukan Felda Redong
Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri. Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan awam, mereka boleh menaiki teksi dan juga bas yang berhenti di simpang masuk Felda Redong 1. Felda Redong 1 kini ditadbir oleh Pihak Pengurusan Felda Redong 1. Rancangan ini berada di Mukim Labis, kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah dan dalam kawasan Parlimen Sekijang. Keluasan tanah Felda Redong 1 ialah 2,644.37 hektar, di mana terdiri daripada 672 buah keluarga.
MAKLUMAT FELDA REDONG.
Nama Felda |
Felda Redong 1 |
Tahun dibuka |
1982 |
Parlimen |
Sekijang |
Ahli |
YB Dr Zaliha binti Mustafa |
DUN |
Kemelah |
Adun |
YB Saraswati a/p Nallathamby |
Daerah |
Segamat |
Pegawai Daerah |
Tn Mohd Masni bin Wakiman |
Mukim |
Labis |
Penghulu Mukim |
Encik Sabri bin Nozari |
Negeri |
Johor Darul Takzim |
Kedudukan |
30 km dari Bandar Segamat |
Kelulusan |
2,644.37 hektar |
Kependudukan |
100% Melayu |
Jumlah |
2500 orang |
Jumlah Rumah |
672 buah |
Hasil Pertanian |
Kelapa sawit |
AHLI PARLIMEN SEKIJANG
Nama |
YB Dr Zaliha binti Mustafa |
|
Parlimen |
P141 Sekijang |
|
No telefon |
|
|
Alamat Pejabat |
Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang, No 22 Jalan Utama 3/4 , Pusat Komersial Sri Utama, Segamat. |
ADUN KAWASAN KEMELAH
Nama |
YB Saraswati a/p Nallathamby |
Dun |
N04 Kemelah |
No telefon |
- |
No Bimbit Pejabat |
012-7047046 (PA) |
Emel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Alamat Pejabat |
Pusat Khidmat Dun Kemelah, No 14, Jalan Putra 1/3, Bandar IOI, 85000 Segamat, Johor. |