Tarikh                : 9 September 2024                                      
Masa : 9:00am - 1:00pm
Peserta : 3 orang

 

Tujuan:

    • Pelajar dapat memahami asas penyuntingan gambar menggunakan perisian yang mudah diakses seperti PowerPoint dan Canva. Pelajar mempelajari cara menggunakan bahan-bahan asas untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai seperti frame gambar. Aktiviti ini menggalakkan kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan alat dan bahan yang mudah didapati. Pelajar dapat melihat hasil akhir dari proses kreatif mereka, dari suntingan gambar digital hingga pembuatan frame fizikal

 

Aktiviti:

    • Menyediakan panduan tentang cara menggunakan Canva dan PowerPoint, serta video tutorial untuk pembuatan frame. Aktiviti dijalankan secara berperingkat, di mana pelajar menyunting gambar terlebih dahulu sebelum berpindah ke pembuatan frame. Petugas memberikan bantuan sepanjang proses untuk memastikan pelajar dapat menyelesaikan tugasan mereka dengan baik. Gambar yang siap disunting dan dicetak dinilai dari segi kreativiti dan kualiti, manakala frame dinilai dari segi ketepatan mengikuti arahan dalam video tutorial.

 

Gambar disini


Tarikh               28 Ogos 2024   
Masa  2:00pm - 5:00pm                                          
Peserta  Usahawan AIM

 

Tujuan:

Bengkel asas solekan ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik solekan yang betul dan sesuai untuk pelbagai situasi, termasuk solekan harian dan solekan untuk majlis. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang solekan, khususnya dalam memilih produk yang sesuai mengikut jenis kulit, serta mengaplikasikan solekan dengan kemas dan profesional. Selain itu, peserta juga diajar tentang pra solekan, yang merangkumi penyediaan kulit wajah sebelum disolek, bagi memastikan hasil yang lebih tahan lama dan kelihatan lebih sempurna.

Aktiviti :

Aktiviti dalam bengkel ini merangkumi demonstrasi secara langsung oleh tenaga pengajar, di mana beliau menunjukkan langkah-langkah asas solekan, termasuk cara menggunakan foundation, bedak, pembayang mata, dan gincu. Peserta juga diberi peluang untuk mempraktikkan teknik yang diajar dengan bimbingan daripada tenaga pengajar, bagi memastikan mereka memahami setiap langkah dan teknik dengan betul.

Gambar disini.


Tarikh                    :   22 Jun 2024, Sabtu                                  
Masa  :  11:05 am – 1:05 pm
Peserta  :  4 orang

 

Tujuan:-

Kelas ini bertujuan untuk mengajarkan pelajar kemahiran kreatif dalam membuat penanda buku menggunakan aplikasi Canva. Pelajar akan mempelajari cara-cara mereka bentuk penanda buku yang menarik dan profesional, serta proses mencetak dan melaminasi hasil kerja mereka.

Aktiviti:-

  • Pengenalan kepada Canva iaitu penerangan ringkas tentang aplikasi Canva dan fungsinya serta demonstrasi menggunakan templat yang sedia dan mereka design baru.Penerangan mengenai elemen asas reka bentuk iaitu warna, tipografi dan tata letak.Pelajar dibimbing untuk mencipta penanda buku mereka sendiri menggunakan Canva.Setiap pelajar membentangkan hasil kerja bentuk penanda buku mereka.Penanda buku yang telah direka dicetak dan dilaminasi.

Gambar disini


Tarikh              : 11 Julai 2024                                                      
Masa 9:30am - 1:00pm
Peserta : 27 orang
Tempat Perkarangan Pejabat Penerangan Daerah Segamat

 

Tujuan:

Sesi perjumpaan telah diadakan di perkarangan Pejabat Penerangan Daerah Segamat  diantara petugas NADI Kluster Segamat bersama dengan Pengerusi Komuniti Madani Segamat serta staff JAPEN Segamat. Objektif utama adalah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara Komuniti MADANI, NADI, dan SKMM bagi memastikan program-program komuniti dapat dilaksanakan dengan berkesan.Selain itu juga memberikan maklumat terkini mengenai peranan dan aktiviti NADI kepada komuniti bagi meningkatkan tahap kesedaran dan penggunaan fasiliti yang disediakan. Mengadakan perbincangan mengenai penyelarasan dan pelaksanaan program komuniti secara kolaboratif antara NADI, SKMM, dan JAPEN.

Aktiviti:

  • Ucapan perasmian majlis dilaksanakan oleh En Saiful Hisham bin Mansor, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor. Taklimat NADI telah disampaikan oleh Pn Natasya binti Abdul Latip dari NADI Felda Tenang dengan memberikan gambaran mengenai NADI kepada pengerusi Komuniti MADANI Daerah Segamat. Manakala taklimat Komuniti MADANI pula telah disampaikan oleh En Nor Sofian bin Abdul Manan, Pegawai Penerangan Daerah Segamat yang mana telah menerangkan mengenai komuniti MADANI. Selain itu juga diskusi terbuka mengenai isu dan cabaran pada masa kini oleh komuniti MADANI dan bagaimana NADI dapat membantu mengatasinya. Diakhir sekali diadakan sesi bergambar sebagai kenangan dan rekod kehadiran.

 

Gambar disini


Tarikh                       :  29 Mei 2024
Masa  : 9:00 pagi - 5:00 petang
Peserta  : 15 Orang
Tempat  : NADI Kampung Tenang                        

Tujuan:

Kelas fotografi ini bertujuan untuk memberikan peserta kemahiran asas dalam fotografi yang dapat membantu meningkatkan kualiti gambar produk, perkhidmatan, dan perniagaan mereka secara keseluruhan. Dengan mempelajari fotografi, peserta dapat:

  • Meningkatkan Kualiti Visual Produk: Mengambil gambar yang lebih berkualiti dan menarik untuk produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.
  • Meningkatkan Pemasaran: Menyediakan bahan visual yang berkualiti tinggi untuk pengiklanan dan pemasaran, termasuk untuk media sosial dan laman web.
  • Menonjolkan Keunikan Produk: Memperlihatkan ciri-ciri istimewa dan keunikan produk melalui fotografi yang kreatif.
  • Menarik Pelanggan Potensial: Menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan jualan melalui visual yang menarik dan profesional.

 

Kelas fotografi ini menyediakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk mengambil gambar yang efektif dan berkesan, sesuai dengan keperluan perniagaan mereka.

Aktiviti:

Terdapat tiga modul dalam sukatan pembelajaran kelas fotografi ini iaitu Pengenalan Kamera Smartphone, Teknik Pengambilan Gambar dan Penyuntingan Gambar. Peserta mempelajari dan memahami fungsi asas kamera smartphone dan pengaturan yang penting.Tenaga Pengajar memberi penerangan tentang komposisi yang baik, pencahayaan, dan sudut pengambilan gambar serta pengenalan kepada perisian penyuntingan gambar seperti Photoroom dan Snapseed untuk menyunting gambar secara mudah dan cepat.

Setelah selesai modul diterangkan, sesi praktikal di mana peserta akan mengambil gambar produk atau subjek yang disediakan. Peserta menggunakan peralatan tambahan aksesori fotografi seperti tripod, pencahayaan tambahan, dan pendedahan kepada teknik khusus seperti penggunaan background atau set.

Peserta dikehendaki untuk menyediakan koleksi gambar yang berkualiti tinggi untuk produk atau perkhidmatan mereka sebagai hasil akhir kelas. Penilaian hasil gambar untuk memberi maklum balas konstruktif dan bantuan untuk meningkatkan kualiti fotografi mereka.

Gambar disini