Tarikh                     : 25 Mei 2024
 Masa  :  9:00am - 11:00 am                                       
 Peserta  :  6 orang

 

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk mengajarkan pelajar kemahiran kreatif dalam seni membalut hamper menggunakan botol air. Melalui kelas ini, pelajar akan mempelajari teknik-teknik dan pendekatan kreatif untuk menghasilkan hamper yang menarik dan estetik, yang boleh digunakan untuk pelbagai majlis seperti perayaan, hadiah korporat, dan acara istimewa.

Aktiviti:

  • Pelajar perlu menggunting pembalut hamper kepada bentuk yang sesuai dan mencukupi. Botol air diletakkan di atas pembalut dan pelajar perlu mencantumkan penjuru pembalut dan dipertemukan di bahagian atas botol air. Bahagian penjuru yang bertemu perlu dilekatkan menggunakan soletip. Akhir sekali, reben dilekatkan di kawasan soletip dan pembalut tersebut dikemaskan.

 

Gambar disini