Tarikh | : | 9 September 2024 |
Masa | : | 9:00am - 1:00pm |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan:
-
- Pelajar dapat memahami asas penyuntingan gambar menggunakan perisian yang mudah diakses seperti PowerPoint dan Canva. Pelajar mempelajari cara menggunakan bahan-bahan asas untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai seperti frame gambar. Aktiviti ini menggalakkan kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan alat dan bahan yang mudah didapati. Pelajar dapat melihat hasil akhir dari proses kreatif mereka, dari suntingan gambar digital hingga pembuatan frame fizikal
Aktiviti:
- Menyediakan panduan tentang cara menggunakan Canva dan PowerPoint, serta video tutorial untuk pembuatan frame. Aktiviti dijalankan secara berperingkat, di mana pelajar menyunting gambar terlebih dahulu sebelum berpindah ke pembuatan frame. Petugas memberikan bantuan sepanjang proses untuk memastikan pelajar dapat menyelesaikan tugasan mereka dengan baik. Gambar yang siap disunting dan dicetak dinilai dari segi kreativiti dan kualiti, manakala frame dinilai dari segi ketepatan mengikuti arahan dalam video tutorial.