Tarikh | : | 11 Ogos 2023 |
Masa | : | 3:00 pm - 5:00 pm |
Peserta | : | 5 orang |
Tujuan:
Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti kelas kali ini bagi menghasilkan flyer menggunakan microsoft word. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran dan kefahaman kepada pelajar tentang pemprosesan perkataan. Kelas mebuat flyers ini diadakan adalah bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar tentang apa yang dipelajari pada sesi awal serta mengenal pasti tugas-tugas utama perisian pemprosesan perkataan. Melalui kelas ini secara tidak langsung memberi pendedahan cara penggunaan internet dengan betul dan selamat.
Aktiviti :
-
- Latihan berpandu dengan bimbangan petugas bagi menghasilkan latihan/tugasan yang diberikan menggunakan pemprosesan kata. Melaksanakan latihan dan tugasan lain yang terdapat dalam modul. Pelajar diberi bimbangan cara membuat flyer perniagaan serta pendedahan cara menggunakan enjin carian.
Tarikh | : | 14 Julai 2023 |
Masa | : | 9:00am-12:30pm |
Peserta | : | 8 orang |
Tujuan:
- Seramai 8 orang yang menyertai program Sepagi Bersama MaryKay yang mana ini merupakan program kali kedua bersama MaryKay pada tahun ini. Objektif program ini bertujuan melestari PEDi sebagai pusat sehenti setempat. Selain itu juga ia dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Diharapkan melalui bengkel ini mermberi kesedaran cara menggunakan internet dengan selamat dan beretika dan menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan memastikan kesahihan info yang diperolehi sebelum memberitahu kepada orang lain.
- Program ini diadakan bagi memberikan kemahiran didalam bidang solekan serta penjagaan kulit. Program Sehari Bersama MaryKay juga memberi peluang perniagaan kepada peserta yang mengikuti bengkel kali ini.
Aktiviti:
- Taklimat ringkas berkaitan dengan maklumat palsu dan memperkenalkan laman web sebenarnya.com bagi menentukan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum berkongsi dengan orang lain. Penerangan ringkas berkaitan dengan Mary Kay.Latihan praktikal cara penjagaan kulit muka menggunakan produk Mary Kay.Latihan dan demo cara solekan menggunakan produk Mary Kay.Kuiz spontan turut diadakn bagi menguji tahan kefahaman peserta terhadap produk Mary Kay.
Tarikh | : | 22, 23, & 28 Februari 2023 |
Peserta | : | NGO Felda Redong |
Tujuan:
Penyerahan komputer/PC lama kepada NGO Felda Redong. Diharap dengan pemberian sumbangan komputer/PC lama milik PEDi Felda Redong ini secara tidak langsung membantu NGO terbabit melancarkan perjalanan urusan pentadbiran mereka.
Aktiviti :
Menyerahkan komputer /PC lama kepada oraganisasi yang telah disenaraikan dan diluluskan oleh pihak TM. Penerima sumbangan dikehendaki menandatangani dokumen sebagai bukti. Selian itu turut diambil gambar kenangan bersama komputer/PC lama sebagai bukti penerimaan komputer/PC lama.
Tarikh | : | 2 Mei 2023 |
Masa | : | 3:30 pm - 5:00pm |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan:
Memberi kemahiran dan kefahaman kepda pelajar untuk menyediakan dokumen berkaitan data dengan betul.Melaksanakan pengiraan secara mudah dan cepat dengan menggunakan excel.
Satu lembaran sama seperti lejer akautan dengan nombor, teks, pengiraan yang disusun dsalam lajur dan baris. ini sedara tidak langsung memudahkan pelajar untuk memasukkan maklumat ke dalam lembaran kerja.
Memudahkan pelajar untuk memasukkan maklumat, menukar, menghapus serta menambahkan maklumat yang dikehendaki.
Aktiviti:
Peserta terdiri daripada 3 orang pelajar yang bersekolah di SK Felda Redong. Pelajar diberi pendedahan kesemua fungsi icon yang terdapat di Microosft Excel.
- Latihan berpandu dengan bimbangan petugas bagi menghasilkan latihan yang diberikan menggunakan Microsoft Office Excel iaitu jadual waktu sekolah masing-masing. Selain itu, peserta melaksanakan latihan dan tugasan yang terdapat dalam modul.
Tarikh | : | 10 Februari 2023 |
Masa | : | 2:30pm - 5:30pm |
Peserta | : | 8 orang |
Tujuan:
- Objektif program ini bertujuan melestari pusat ekonomi digital sebagai pusat sehenti setempat. Selain itu juga ia dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Diharapkan melalui bengkel ini memberi kesedaran cara menggunakan internet dengan selamat dan beretika dan menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan memastikan kesahihan info yang diperolehi sebelum memberitahu kepada orang lain.Melalui bengkel ini diharapkan dapat memberi kemahiran penjagaan kulit dan solekan kepada peserta serta memberi peluang perniagaan produk Mary Kay.
Aktiviti:
- Taklimat ringkas berkaitan dengan maklumat palsu dan memperkenalkan laman web sebenarnya.com bagi menentukan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum berkongsi dengan orang lain.Penerangan ringkas berkaitan dengan Mary Kay.Latihan praktikal cara penjagaan kulit muka menggunakan produk Mary Kay.Latihan dan demo cara solekan menggunakan produk Mary Kay.Kuiz spontan turut diadakn bagi menguji tahan kefahaman peserta terhadap produk Mary Kay