Tarikh | : | 14 Julai 2023 |
Masa | : | 9:00am-12:30pm |
Peserta | : | 8 orang |
Tujuan:
- Seramai 8 orang yang menyertai program Sepagi Bersama MaryKay yang mana ini merupakan program kali kedua bersama MaryKay pada tahun ini. Objektif program ini bertujuan melestari PEDi sebagai pusat sehenti setempat. Selain itu juga ia dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Diharapkan melalui bengkel ini mermberi kesedaran cara menggunakan internet dengan selamat dan beretika dan menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan memastikan kesahihan info yang diperolehi sebelum memberitahu kepada orang lain.
- Program ini diadakan bagi memberikan kemahiran didalam bidang solekan serta penjagaan kulit. Program Sehari Bersama MaryKay juga memberi peluang perniagaan kepada peserta yang mengikuti bengkel kali ini.
Aktiviti:
- Taklimat ringkas berkaitan dengan maklumat palsu dan memperkenalkan laman web sebenarnya.com bagi menentukan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum berkongsi dengan orang lain. Penerangan ringkas berkaitan dengan Mary Kay.Latihan praktikal cara penjagaan kulit muka menggunakan produk Mary Kay.Latihan dan demo cara solekan menggunakan produk Mary Kay.Kuiz spontan turut diadakn bagi menguji tahan kefahaman peserta terhadap produk Mary Kay.