Tarikh                     : 11 November 2023                                 
Masa : 9:00am - 10:00am
Peserta 3 orang

 

Tujuan:

Seramai  3 orang pelajar telah mengikuti kelas ini yang sebenarnya memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta untuk menggunakan Microsoft office.Selain itu, pelajar dapat melaksanakan dan melibatkan diri secara mudah dan cepat dengan menggunakan Microsoft word agar tugasan dapat diselesaikan dengan cepat. Peserta mempelajari teknik asas menaip, memasukkan grafik serta border page untuk menghasilkan muka depan laporan yang ringkas.

Aktiviti:

  • Pelajar diberi pendedahan cara membuat muka depan laporan yang mudah dan menarik. Selain itu, pelajar  didedahkan font dan saiz tulisan yang sesuai digunakan dalam menghasilkan muka depan yang berkualiti. Pelajar  didedahkan cara memasukkan grafik serta border page untuk menghasilkan muka depan laporan yang ringkas.   Setelah siap, pelajar didedahkan cara untuk menyimpan fail  didalam bentuk pdf dan juga membuat cetakan bagi muka depan laporan  tersebut.

 

Gambar disini


Tarikh                   : 27, 28 dan 29 Oktober 2023               
Masa : 10:00am - 5:00pm
Tempat : Dataran Labis

 

Tujuan:

  • PEDi  Daerah Segamat telah mengadakan program kesedaran di Karnival Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor, Labis 2023. Objektif utama adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat luar bandar dan agensi Kerajaan. Selain itu juga, program bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik mengambil gambar. Menggalakkan peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan.

Aktiviti :

  • Taklimat ringkas berkaitan betapa pentingnya setiap peranti telekomunikasi mempunyai pengesahan daripada MCMC serta kesedaran untuk melakukan kitar barang telekomunikasi yang sudah lusuh.Penerangan ringkas berkaitan dengan Pusat Ekonomi Digital dan latihan yang dijalankan.
  • Pada 27 Oktober 2023, Jumaat telah diadakan aktiviti zumba sebagai amalan gaya hidup sihat dan disusuli dengan aktiviti ICT yang menerapkan eleman STEM /IOT iaitu membuat pelancar kapal terbang kertas, klik dengan bijak membina pyramid KDB, kuiz kitar atas talian serta puzzle.
  • Manakala pada hari kedua bersamaan dengan 28 Oktober 20023 telah diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar dan cheack your label. Kemudian disusuli dengan taklimat ringkas berkaitan dengan teknik menangkap gambar dengan menggunakan telefon pintar. Selain itu turut diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan penggunaan canva sebagai alat bantuan membuat promosi perniagaan.

Pada hari terakhir, 29 Oktober 2023 telah diadakan pertandingan mewarna bersama pelajar dari TADIKA KEMAS Labis bersama SSPN Muar. 

Di program kesedaran ini juga telag diadakan pengumpulan kitar barang elektronik, roda impian serta mencari perkataan tersembunyi.

Hari Pertama disini

Hari Kedua disini

Hari Ketiga disini


Tarikh           : 27, 28  dan 29 Ogos 2023                           
 Masa                : 8:30am - 1:00pm                                   
Peserta : 16 orang

Tujuan:

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Pendidikan Komputer (Photophone) merupakan program kerjasama dengan pihak KEMAS Sekijang yang mana program  dilaksanakan di PEDi Felda Redong dan tenaga pengajar terdiri daripada petugas PEDi Felda  Redong. Program ini sebenarnya dapat memberi bimbingan dan kemahiran untuk membolehkan peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan.  

Melalui kursus ini secara tidak langsung menggalakkan peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan. Kursus ini telah memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan secara non-formal khususnya kepada masyarakat luar bandar untuk kualiti hidup daan memupuk budaya niaga.

Aktiviti:

Kursus ini telah dihadiri seramai 16 orang peserta yang terdiri  usahawan dan juga belia. Kursus ini dijalankan selama 3 hari . Pada hari pertama dimulakan dengan suai kenal peserta yang mengikuti kursus. Kemudian disusuli dengan taklimat kursus oleh staff KEMAS Sekijang. Taklimat ringkas advokasi cheack your label berkaitan betapa pentingnya setiap peranti telekomunikasi mempunyai pengesahan daripada MCMC. Seterusnya taklimat ringkas berkaitan dengan teknik menangkap gambar dengan menggunakan telefon pintar. Peserta telah diperkenalkan dengan teknik menangkap gambar mini studio yang mana turut memperkenalkan komponen mini studio.Taklimat ringkas berkaitan dengan teknik flay flat serta peralatan yang diperlukan. Kemudian peserta diberi kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 kumpulan. Peserta diberi pendedahan cara untuk menangkap gambar menggunakan 2 kaedah.Latihan amali mengambil gambar produk menggunakan kedua-dua teknik gambar.

Pada hari kedua, taklimat ringkas berkaitan maklumat palsu yang mana setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam menentukan kesahihan maklumat yang diperolehi sebelum berkongsi kepada umum. Penerangan ringkas berkaitan dengan latihan Microsoft Skills For Jobs - Bersama Malaysia Program. Taklimat ringkas berkaitan dengan penggunaan canva sebagai alat bantuan membuat promosi perniagaan. Peserta diberi pendedahan cara untuk memdaftarkan akaun canva. Petugas diberi pendedahan cara menggunakan canva oleh dalam mengedit gambar dan juga membuat flyer promosi perniagaan. Peserta dikehendaki membuat 2 edit gambar yang menggunakan gambar mini studia dan juga teknik flay flat untuk promosi produk perniagaan masing-masing.Kemudian peserta diberi pendedahan cara membuat pembentangan projek. Setiap peserta dikehendaki untuk membentangkan hasil latihan yang diperlajari.

Pada hari ketiga, setiap kumpulan telah diberikan peluang untuk membuat kesimpulan dan memberi pandangan mengenai kursus yang dijalankan dan kursus yang dikehendaki di masa akan datang. Semua peserta dikehendaki mengisi maklum balas kursus. Kemudian peserta bersama-sama membuat persediaan bagi majlis penutup yang diadakan di Wisma Peneroka Felda Redong. Puan Zalina binti Md Dardak merupakan pengerusi majlis dan merupakan salah seorang peserta kursus. Bacaan doa telah diketuai oleh En Mohd Fitri bin Mohd Said, Iman Muda Felda Redong 1. Kemudian diikuti dengan ucapan dari wakil peserta kursus iaitu Puan Norhana binti Mad Noor dan kata-kata aluan telah disampaikan oleh Encik Khamis bin Ngadiman, MT Penolong Pegawai Komuniti Kemahiran KEMAS Parlimen Sekijang. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh En Mohamad Khairul bin Zuber, Penyelia Kanan Felda Redong 1 dan majlis turut dihadiri Tuan Haji Mohd Hadi bin Karman, Ketua Kampung Felda Redong 1.

Gambar Hari Pertama disini,

Gambar Hari Kedua disini,

Gambar Majlis Penutup,

 


Tarikh                : 14 & 15 September 2023
Masa : 10:00am - 5:00pm
Tempat  Sekitar PEDi Felda Redong                           

 

Tujuan:

Tujuan utaman kajian ini adalah untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Maklum balas ini akan membantu SKMM mengenal pasti kekuatan, peluang, dan bidang yang perlu ditingkatkan, bagi memastikan PEDi dapat menawarkan perkhidmatan berkesan kepada komuniti.

Aktiviti:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Merdeka Strategic Development Centre Sdn Bhd ( Merdeka Centre) sebuah syaraikat penyelidikan bebas untuk melaksanaka "Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak Pusat Ekonomi Digital (PEDi)"

Tujuan utama kajian, adalah untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai seorang pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Pecahan Responden adalah seperti berikut  iaitu bukan pengguna perkhidmatan PEDi  (10 orang), pengguna perkhidmatan PEDi (19 orang) serta peserta program PEDi (10 orang). Kajian telah dilaksanakan semalam 2 hari.
 

Tarikh                 : 18 Ogos 2023                                             
Masa : 9:00am - 11:00am
Peserta : 6 orang

 

Tujuan:

Seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti kelas kali ini bagi menghasilkan poster kemerdekaan menggunakan Microsoft Powepoint. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran dan kefahaman kepada pelajar tentang tools yang terdapat di Microsoft Powerpoint. Kelas membuat poster ini diadakan adalah bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar tentang apa yang dipelajari pada sesi awal  serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepelbagaian penggunaan Microsoft Powerpoint, dan teknik mudah di Microsoft Powerpoint untuk membuat poster.  Melalui kelas ini secara tidak langsung memberi pendedahan cara penggunaan internet dengan betul dan selamat.

Aktiviti :

    • Latihan berpandu dengan bimbangan petugas bagi menghasilkan latihan/tugasan yang diberikan menggunakan Microsoft Powerpoint. Melaksanakan latihan dan tugasan lain yang terdapat dalam modul. Pelajar diberi bimbangan cara membuat poster kemerdekaan serta pendedahan cara menggunakan enjin carian.
    • Gambar disini