Tarikh                : 14 & 15 September 2023
Masa : 10:00am - 5:00pm
Tempat  Sekitar PEDi Felda Redong                           

 

Tujuan:

Tujuan utaman kajian ini adalah untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Maklum balas ini akan membantu SKMM mengenal pasti kekuatan, peluang, dan bidang yang perlu ditingkatkan, bagi memastikan PEDi dapat menawarkan perkhidmatan berkesan kepada komuniti.

Aktiviti:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Merdeka Strategic Development Centre Sdn Bhd ( Merdeka Centre) sebuah syaraikat penyelidikan bebas untuk melaksanaka "Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak Pusat Ekonomi Digital (PEDi)"

Tujuan utama kajian, adalah untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai seorang pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Pecahan Responden adalah seperti berikut  iaitu bukan pengguna perkhidmatan PEDi  (10 orang), pengguna perkhidmatan PEDi (19 orang) serta peserta program PEDi (10 orang). Kajian telah dilaksanakan semalam 2 hari.