Tarikh        : 25 Julai 2020

Masa         :9:30 am - 11:30 am

Peserta     : 1 Orang (belia)

 

Tujuan:

Kelas ini terdiri daripada seorang belia. Kelas memberi  pendedahan kepada peserta untuk melakukan proses tatacara housekeeping komputer agar beroperasi dengan lancar dan prestasi sistem adalah secara optima. Peserta diajar membetulkan sebarang masalah kesilapan logik, kerosakan atau folder pada cakera secara automatik. Peserta didedahkan cara membuang fail atau data lama yang digunakan dan juga mendedahkan cara penggunaan antivirus dengan betul. Peserta juga diberi pendedahan untuk menentukan versi sistem pengorperasian bagi sesebuah komputer.

Aktiviti:

  • Penerangan ringkas berkaitan dengan komponen computer dan perisian computer. Peserta didedahkan dengan cara mengenali pasti windows bagi sesebuah computer. Peserta diberi pendedahan mengenai SOP penjagaan computer. Peserta diajar cara untuk menyemak versi system pengoperasian computer.Peserta diberi pendedahan dan latihan praktikal untuk melakukan housekeeping iaitu delete browsing history dan disk cleanup

 

Gambar disini


Tarikh       : 25 & 26 Jun 2020

Masa        : 3.00 pm - 5.00pm

Peserta     :2 orang

 

Tujuan:

Peserta terdiri daripada dua orang pelajar sekolah menengah. Kelas buku program ini merupakan kelas insentif ekspres Microsoft Word  dan juga publisher. Peserta diberi pendedahan menghasilkan buku program menggunakan dua instrumen yang berbeza iaitu Microsoft Word dan juga Publisher. Peserta secara tidak langsung telah  diberi pendedahan dan mengenal pasti tugas utama dan keperluaan yang boleh digunakan perisian pemprosesan perkataan dan publisher.  

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi Microsoft Word  dan publisher dalam menghasilkan buku program. Peserta diberi pendedahan cara menggunakan tool yang terdapat di dalam pemprosesan kata dan juga publisher. Peserta diberi pendedahan cara menghasilkan buku program  bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh masjid. 

Gambar disini.


Tarikh      : 23 Januari 2020

Masa       :9:00 pagi - 3:00 patang

Peserta   :73 orang 

Tujuan:

Program Selamatkan Nyawa Melalui Pengesan Awal Dan Pencegahan Yayasan Buah Pinggang merupakan program kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Redong bersama  Yayasan buah Pinggang Kebangsaan Malaysia yang telah dihadiri seramai 73 orang yang bermula dari 9 pagi hingga 3 petang. Objektif utama penganjuran program ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Selain itu juga untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti.  Diharapkan melalui program ini dapat memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan komuniti.  

Aktiviti :

Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi berkaitan dengan teknologi dan anda turut diberikan kepada pengunjung yanag hadir. Selain itu juga diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan dashboard komuniti serta menggalakkan muat turun di telefon pintar masing-masing. Kemudian disusuli dengan ceramah  pemakanan sihat yanag merangkumi penyakit buah pinggang serta gaya pemakanan sihat. Pemeriksaan kesihatan turut diadakan dengan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan indeks jisim tubuh (BMI), pemeriksaan kesihatan buah pinggang,ujian gula dalam darah, ujian kolesterol serta sesi kaunseling.

Gambar disini


Tarikh      :7 Februari 2020

Masa       :9:00 pagi - 3:00 patang

Peserta   :20 orang 

 

Tujuan:

Program beauty party bersama Mary Kay dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan salah satu program yang dirancangkan di dalam kemahiran keusahawanan. Program ini diadakan bagi memberikan kemahiran didalam bidang solekan serta peluang perniagaan kepada peserta yang mengikuti bengkel kali ini. Program ini juga sebenarnya untuk melestarikan PEDi sebagai pusat sehenti setempat dan mengeratkan hubungan serta kerjasama di antara PEDi dengan pelbagai agensi. Selain itu juga, ia dapat memberi dan menwujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Ia juga menggalakan komuniti untuk memuat turun aplikasi dashboard komuniti di dalam telefon pintar masing-masing.

Aktiviti:

  • Penerangan mengenai penggunaan dashboard komuniti serta menggalakkan muat turun aplikasi tersebut. Penerangan mengenai advokasi maklumat palsu dan sebenarnya.my melahirkan penggunan yang bertanggungjawab.Peserta juga diberi pendedahan cara menggunakan dashboard komuniti dengan melakukan  demo cara menggunakan dashboard komuniti iaitu myshop.
  • Kemudian disusuli dengan penerangan ringkas berkaitan dengan produk Mary Kay. Peserta diberi pendedahan secara latihan praktikal cara penjagaan kulit muka menggunakan produk Mary Kay.Selanjutnya, latihan dan demo cara solekan menggunakan produk Mary Kay.

 

Gambar disini


Tarikh    : 14 Januari 2020

Masa     : 10:00 am - 12:00 pm

Peserta  : 1 orang

 

Tujuan:

Peserta terdiri daripada seorang warga emas yang merupakan Setiausaha Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong. Kelas insentif ekspres Microsoft Word telah diadakan kepada beliau bagi memudahkan segala urusan perjalanan aktiviti masjid. memberi pendedahan dan mengenal pasti tugas utama dan keperluaan yang boleh digunakan perisian pemprosesan perkataan.  Selain itu, mengaplikasikan penggunaan perisian ini dalam menjalankan tugas dan melancarkan perjalanan dan pengurusan aktiviti masjid.

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi Microsoft Word dalam kegunaan aktiviti pengurusan masjid. Peserta diberi pendedahan cara menggunakan tool yang terdapat di dalam pemprosesan kata. Peserta diberi pendedahan cara menghasilkan buku program dan kad jemputan  bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh masjid. selain itu juga diberi pendedahan cara membuat letterhead bagi kegunaan urusan masjid.

Gambar disini