Tarikh :19 September 2019 Masa :2.30 pm - 4:30pm Peserta :Pelajar Kolej |
Tujuan:
Peserta yang terlibat adalah pelajar kolej yang telah berdaftar ahli dengan PEDi Felda Redong. Tujuan kelas ini adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta cara menggunakan microsof word dengan lebih mudah dari segi membuat digram dan membuat carian isi kandungan.
Aktiviti:
Peserta menerima penerangan terlebih dahulu daripada pengajar.Kemudian peserta mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan. Peserta diajar cara untuk copy & paste imej ke dalam Microsoft word dengan cara yang betul dan peserta diberikan pendedahan tentang cara membuat jadual dan diagram menggunakan tool ikon yang terdapat dalam Microsoft word.
Tarikh :21 September 2019 Masa :11.00am - 12.30pm Peserta :Seorang |
Tujuan:
Kelas ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penggunaan papan kekunci dengan betul dan mendedahkan teknik menaip yang betul
Aktiviti:
Pengajar menerangkan kepada peserta terlebih dahulu tentang maksud ikon di keyboard dan menerangkan tentang cara perletakkan jari yang betul semasa menaip. Kemudian pengajar membuat demo sebelum peserta mengikutnya. Untuk menguji tahap kefahaman peserta, pengajar telah memberikan latihan pelbagai kepada peserta salah satunya dengan latihan menerusi aplikasi latihan menaip online dan kedua pengajar memberikan teks kepada peserta dan peserta perlu membuat semua arahan yang diberikan melalui latihan menaip
Tarikh : 23 Ogos 2019 Masa :9.00 pagi - 12.00 tengahhari Peserta : 10 orang |
Tujuan:
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk melakukan proses tatacara housekeeping komputer agar beroperasi dengan lancar dan prestasi sistem adalah secara optima. Melalui bengkel ini, peserta diajar membetulkan sebarang masalah kesilapan logik, kerosakan atau folder pada cakera secara automatik. Peserta didedahkan cara membuang fail atau data lama yang digunakan dan juga mendedahkan cara penggunaan antivirus dengan betul. Peserta juga diberi pendedahan untuk menentukan versi sistem pengorperasian bagi sesebuah komputer.
Aktiviti:
Taklimat ringkas advokasi berkaitaan dengan maklumat palsu. Peserta diperkenalkan dengan laman web sebenarnya.my serta menggalakkan muat turun aplikasi sebenarnya.my di telefon pintar masing-masing. Selepas itu, taklimat ringkas berkaitan dengan standard operating procedure bagi penjagaan komputer. Latihan pratikal telah diberi meliputi cara menentukan versi sistem pengoperasian komputer dan peserta didedahkan kepada 2 aktiviti housekeeping iaitu delete browsing history dan disk cleanup bagi bengkel kali ini.
Penerangan ringkas berkaitan penggunaan dashboard komuniti. Peserta dikehendaki menulis artikel berkaitan dengan kemerdekaan di ruang Mykomuniti. Selepas itu, peserta dikehendaki menyediakan poster berkaitan kemerdekaan menggunakan Microsoft Powerpoint dan hasil terakhir di kehendaki disimpan dalam bentuk gambar dan muat naik di Mykomuniti sebagai ucapan.
Bengkel kali ini juga turut mengadakan kuiz menggunakan platform quizizz meliputi modul yang dipelajarai hari ini. Terdapat 2 bentuk kuiz iaitu berdasarkan modul pembelajaran hari ini dan juga kuiz
Tarikh :25 Ogos 2019 Masa :7.30 pagi - 1.30 petang Tempat :Dewan Serbaguna Felda Redong Peserta : 314 orang |
Tujuan:
Matlamat penganjuran program lestari ICT dan cakna kesihatan bersama PEDi Felda Redong 2019 bertujuan melestarikan PEDi sebagai pusat ICT dan kesihatan kepada komuniti setempat. Selain itu ia mengeratkan hubungan PEDi Felda Redong dengan komuniti setempat serta mewujudkan kalobarasi anara pemimpin setempat serta agensi untuk mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Selain itu juga, program ini juga memperkenalkan dashboard komuniti kepada penduduk setempat.
Aktiviti:
Pengunjung diperkenalkan dashboard komuniti serta mengalakkan muat turun aplikasi tersebut di telefon pintar masing-masing. Taklimat berkaitan advokasi berkenaan dengan maklumat palsu dan memperkenalkan laman web sebenarnya. my serta mengalakkan muat turun aplikasi tersebut. Selain itu juga pengumpulan barang ewaste turut diadakan.
Bermula dari pagi dengan aktivti fizikal yang meliputi senam pemanas badan diikuti dengan program 10ribu langkah di kawasan perkampungan Felda Redong. Disusuli dengan zumba serta poco-poco dan diikuti dengan pertandingan sukan aneka iaitu pertandingan musang berjanggut, pertandingan memakan buah tomato serta pertandingan radio karat.
Demo masakan sihat turut diadakan selepasnya berakhir akviti fizikal. Demo masakan sihat telah diadakan oleh Farm Fresh Segamat dengan melakukan demo masakan pasta carbonara dan omelette yang menggunakan produk Farm Fresh.
Ceramah Kesihatan telah memenuhi pengisian program ini bertajuk kanser dan DNA HPV telah disampaikan oleh Puan Siti Maslina Binti Samian, LPPKN Segamat. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En Mazlan Bin Abdul Khalid, Pengurus Felda redong.
Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan oleh KOSPEN Felda Tenang serta LPPKN Segamat dan juga pemerikaan gigi oleh Klinik Kesihatan Pergigian Daerah Segamat. Pelbagai kaunter pameran turut diadakan dan disertai oleh MamaCares Segamat, PROTON Segamat, Toyota Segamat, Isra' Life, Caregem Segamat, Affin Bank, Ar Rahnu Yapeim, Agensi Pengurus Harta Pusaka (MM Kafalah), Farm Fresh Segamat dan Adabi Muar.
Tarikh :5 Julai 2019 Masa :3.00pm - 6.00pm Peserta :3 Orang |
Tujuan:
Kelas ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan aplikasi powtoon dalam menyediakan slide pembentangan
Aktiviti:
Aktiviti Pengajar menerangkan kepada peserta tentang perbezaan powtoon dan microsoft powerpoint. Melalui kelas ini pengajar mengajar cara menyediakan slide persembahan yang menarik dan interaktif melalui powtoon. Peserta mengikut langkah yang diajar untuk menyediakan slide kemudian peserta diajar memasukkan video dan animasi serta muzik dalam alikasi powtoon tersebut