Tarikh :2 Jun 2019 Masa :8:30am - 1:00pm Tempat :Kolej Kemahiran Tinggi Mara Peserta :31 Orang |
Tujuan:
Peserta terdiri daripada pelajar semester 3 Kolej Kemahiran Tinggi Mara Batu Pahat. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara menguruskan stress dan juga pendedahan tentang penggunaan media sosial dengan etika yang betul. Diharap melalui bengkel ini, dapat menerapkan nilai murni dikalangan peserta. Selain itu juga dapat mewujudkan kesedaran tantang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Selain itu melalui program ini dapat menerapkan kesedaran seawal mungkin tentang bahaya buli siber dan kesedaran tentang perkongsian maklumat adalah sesuatu yang tidak elok.
Aktiviti:
Aktiviti pengurusan stress oleh unit kaunseling diselangi dengan aktiviiti advokasi. Tayangan video berkaitan dengan buli siber kepada peserta bagi memberi kesedaran mengenai kesan buruk dari aktiviti buli siber. Kemudian taklimat ringkas berkaitan dengan buli siber. Pelajar diberikan pendedahan mengenai jenis-jenis buli siber dan akta yang terpakai. dengan ini pelajar dapat mengetahui akibat daripada aktiviti buli siber dan hak pemangsa dalam isu berkaitan buli siber. Kemudian pelajar diberikan kuiz berkaitan video advokasi. Bengkel berakhir dengan pemberian cenderhati sebagai kenangan kepada pelajar.
Tarikh :14 Jun 2019 Masa :10:00am - 12:00pm Peserta :Belia |
Tujuan:
Peserta yang terlibat adalah belia yang telah berdaftar ahli dengan PEDi Felda Redong. Tujuan kelas ini adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta cara mendaftar dan memasukkan data pernikahan dengan cara yang betul ke dalam sistem eNCR Johor.
Aktiviti:
Peserta menerima penerangan berkenaan sistem eNCR Johor untuk sistem daftar nikah. Kemudian peserta mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan pengajar dalam pengisian sistem eNCR Johor. Peserta kemudian perlu mengisi sendiri ruangan berkenaan selepas sesi penerangan.
Tarikh :18 April 2019 Masa :8.00 pagi - 2.00 petang Tempat : Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis Peserta : Pengunjung |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) serta pengunjung yang hadir bagi memeriahkan Program Karnival Autisme Daerah Segamat 2019. Dapat kali ini, PEDi Daerah Segamat yang terdiri daripada PEDi Felda Chempelak Barat, PEDi Taman Perling, PEDi Felda Tenang, PEDi Felda Redong serta PEDi Felda Kemelah telah mengadakan booth dan pameran di karnival tersebut. PEDi Segamat telah mengambil kesempatan ini untuk memberi kesedaran kepada penggunaan internet yang selamat dan berhikmah ketika melayarinya. Penglibatan PEDi Segamat ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan diantara PEDi Segamat dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Segamat secara khasnya dan komuniti secara amnya.
Aktiviti :
Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi telah diberikan kepada pengunjung dan peserta yang hadir ke Program Karnival Autisme Daerah Segamat di booth PEDi. Di booth PEDi juga diadakan pertandingan puzzle online KDB bagi menarik pengunjung dan mengetahui kefahaman pengunjung yang hadir ke booth kami. Selain itu juga, petugas PEDi juga mengedarkan flyer klik dengan bijak, check your label serta mobile ewaste kepada pengunjung.
Tarikh :2 Mei 2019 Masa :2:00pm - 5:00pm Peserta :23 Pelajar & 2 guru |
Tujuan:
Peserta terdiri daripada pelajar TAdika Agama Johor (TAJ) Sekolah Agama Felda Redong diiringi seorang guru dan pembantu pelajar. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkakasan serta perisian yang terdapat pada sesebuah komputer. Diharap melalui bengkel ini, pelajar dapat mengetahui fungsi dan ciri-ciri pengoperasian komputer. Selain itu juga dapat mewujudkan kesedaran tantang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Melalui program ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara PEDi Felda Redong dengan Sekolah Agama Felda Redong.
Aktiviti:
Tayangan video berkaitan dengan klik dengan bijak kepada peserta bagi memberi kesedaran mengenai penggunaan teknologi pada masa kini. Kemudian taklimat ringkas berkaitan dengan komponen yang terdapat pada sesebuah komputer. Pelajar diberikan pendedahan mengenai fungsi dan pengunaan komponen bagi sesebuah komputer. Pelajar diberi pendedahan untuk menggunakan tetikus dengan betul menggunakan platform online di http://www.mouseprogram.com/. Bagi memantapkan lagi menggunakan tetikus latihan tambahan menggunakan di http://www.uptoten.com/. Bengkel berakhir dengan pemberian cenderhati sebagai kenangan kepada pelajar.
Tarikh :17 Mac 2019 (Ahad) Masa :9.00 am - 11.00 am Peserta :348 orang pengunjung. |
Tujuan:
Maltamat penganjuran Hari Bersama Komuniti 2019 untuk mengeratkan hubungan PEDi Felda Redong dengan komuniti setempat serta mewujudkan kalobarasi anara pemimpin setempat serta agensi untuk mewujudkan komuniti setempat. Selain itu mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital yang sihat. Memberi kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah. Selain itu memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai suasana perniagaan masa kini serta memupuk dan memberi kesedaran mengenai tahap kesihatan individu.
Aktiviti:
Hari Bersama Komuniti 2019 sebenarnya telah berlangsung dari hari jumaat bersamaan 15 Mac 2019 dengan kerjasama Yayasan KAF (Kami Anak Felda) Malaysia. Bermula dari pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang yang dihadiri pelajar lepasan SPM 2018 serta penjaga. Yayasan KAF telah memberi taklimat peluang pengajian untuk lepasan SPM 2018 bagi menyambung pelajaran. Selain itu juga diberi info berkaitan dengan bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan KAF kepada anak-anak peneroka pada masa kini telah disampaikan oleh Mejar Roslan Bin Jasmin.
Manakala 16 Mac 2019(Sabtu) telah diadakan 3 slot bengkel. Bengkel pertama diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Bengkel perkakasan dan perisian komputer telah diadakan serta latihan pratikal. Selain itu juga diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan klik dengan bijak. Pertandingan silang kata dan kuiz menggunakan platform quizizz telah diadakan bagi menguji tahap kefahaman bengkel pada kali ini.
Bengkel kedua telah diadakan pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan belia. Slot kali ini menfokuskan tentang laman web sebenaarnya.my dan juga aplikasi dashboard komuniti. Peserta diberi pendedahan cara untuk memplotkan kawasan kemudahan yang terdapat di Felda Redong di Myplace serta mengarang artikel berkaitan kepentingan ICT pada masa kini dan dimuat naik sebagai pengumuman di Mykomuniti.
Bagi slot yang terakhir terbuka kepada umum bermula dari jam 3.00 petang sehingga pukul 6.00 petang. Pengisian pada bengkel pengenalan ICT dan dashboard komuniti, memberi peluang kepada usahawan dan bakal usahawan untuk membuat jambangan bunga coklat. Selain itu turut diberi pendedahan cara mengira kos pengeluaran dan menentukan harga jualan. Selain itu juga, bagi mereka yang mempunyai barangan jualan digalakkan untuk muat naik di Myshop. Selain itu juga taklimat ringkas berkaitan kawalan ibu bapa terhadap penggunaan internet anak-anak turut diadakan.
Kemuncak Hari Bersama Komuniti 2019 adalah 17 Mac 2019, Ahad yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga pukul 1.00 tengahhari. Bagi aktiviti fizikal telah diadakan senaman ringan,Program 10 Ribu Langkah, poco-poco dan zumba. Kemudian telah diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kepentingan simpanan SSPN yang telah disampaikan oleh Encik Azli Bin Abdul Aziz, Pengurus Kanan PTPTN Cawangan Muar.
Ceramah kesihatan bertajuk kepentingan imunisasi : apa yang perlu ada tahu juga diadakan bagi memberi kesedaran betapa pentingnya imunisasi telah disampaikan oleh Dr Mohd Saiful Bin Mohd Amin dari Klinik Kesihatan Labis. Disusuli dengan taklimat ringkas dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Segamat oleh Encik Mohd Fauzi Bin Harun.
Pameran dari pelbagai agensi turut diadakan antara Kolej Komuniti Bandar Putra memberi penerangan tentang kos-kos yang ditawarkan di kolej tersebut. Ar Rahnu Pos Laju mempamerkan produk jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti cuci emas. KOSPEN Felda Tenang telah membuat saringan kesihatan. Manakala PTPTN Muar telah membuka kaunter pembukaan akaun SSPN dan Pejabat Tanah Labis telah membuka kaunter untuk membayar cukai tanah. Selain itu juga, gerai jualan dari Sahabat AIM dan Car Bootsale Segamat bagi memeriahkan lagi program Hari Bersama Komuniti kali ini.
Majlis penutup Hari Bersama Komuniti 2019 telah dirasmikan oleh Tuan Hj Amat Jupri Bin Dakir, Timbalan Pengerusi JKKR merangkap Ketua Peneroka Felda Redong. Turut hadir menyerikan majlis penutup En Mohd Aziadi Bin Hanifah, TM SNS, En Hasnizam Bin Hashim, Pengurus Wilayah Selatan, Encik Khairul Azwan Bin Mohd Amin, Penolong Pengurus Felda Redong serta Puan Rukiah Binti Rahmat, Pengerusi GPW Felda Redong.
Gambar disini (16 Mac 2019 - bengkel 1)
Gambar disini (16 Mac 2019 - bengkel 2)
Gambar disini (16 Mac 2019 - bengkel 3)