Tarikh      : 31 Januari 2019

Masa       : 2:00 pm - 4:30 pm

Peserta    : Belia lepasan sekolah

Tujuan :

Peserta terdiri daripada seorang belia lepasan sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu belia tersebut dalam mencari pekerjaan yang memerlukan beliau menghantar resume melalui emel kepada majikan-majikan yang beliau kehendaki. Selain itu,kelebihan kelas ini adalah peserta dapat pendedahan tentang fungsi emel yang sangat penting pada zaman kini dan cara penggunaannya yang betul dan selamat.

Aktiviti :

Peserta ditunjukkan langkah-langkah membuat emel peribadi dan penerangan tentang fungsi setiap icon dalam gmail dan kelebihannya. Pada permulaannya peseta ditunjukkan demo dan penerangan tentang gmail. Kemudian peserta mengikut langkah untuk pendaftaran emel yang betul dan selamat. Peserta juga mendengar penerangan daripada tenaga pengajar berkenaan fungsi setiap icon dalam gmail. Kemudian untuk memantapkan peserta menggunakan emel, peserta diberi latihan menghantar dan membalas emel dengan cara yang betul kepada pihak majikan.

Gambar disini


Tarikh      : 9 Januari 2019

Masa       : 9:00 am - 12:00 pm

Tempat    : PEDi Felda Medoi

Peserta    : Pengurus & Penolong Pengurus 

Tujuan :

Peserta bengkel terdiri daripada 12 orang (pengurus dan penolong pengurus dari PEDi Kluster Segamat).  Tenaga pengajar dari PEDi Felda Tenang dan PEDi Paya Jakas yang telah mengikuiti kursus yang dianjurkan oleh pihak SKMM. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat serta info berkaitan dengan Advokasi yang dijalankan sepanjang tahun 2019.

Aktiviti :

Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019 dan membuat salinan maklumat serta info ke dalam pendrive masing-masing. Selain itu turut diadakan perkongsian maklumat serta soal jawab bagi mengendalikan advokasi kali ini. Dikesempatan ini juga turut diagihkan barang-barang berkaitan dengan advokasi kepada semua PEDi Kluster Segamat.

Gambar disini


Tarikh   : 4 Disember 2018

Masa     :2:30 pm - 5:30pm

Peserta : 4 Orang

Tujuan:

Peserta seramai 4 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Diharap peserta yang mengikuti kelas kali ini, berupaya menghasilkan video yang simple dan mudah serta menarik dengan menggunakan aplikasi movie maker.

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan cara menggunakan tool-tool yang terdapat pada aplikasi movie maker. Latihan berpandu dan bimbangan  dari petugas bagi menghasilkan video yang simple dan menarik yang bertemakan program yang dijalan di PEDi Felda Redong iaitu Hari Bersama PEDi Felda Redong 2018. Peserta dikehendaki secari lagu yang sesuai untuk dijadikan lagu latar belakang di platfrom youtube dan memuat turun lagi tersebut. Selain itu, peserta diberi pendedahan cara untuk menukar lagu berbentuk mp4 ditukar kepada mav menggunakan platfrom online video conventer (https://www.onlinevideoconverter.com/youtube-converter). Peserta dibekalkan gambar-gambar program Hari Bersama PEDi Felda Redong 2018 yang lalu bagi dipilih untuk menjadikan video. Peserta diajar cara untuk memuat naik gambar diaplikasi movie maker, edit test, membuat tajuk video, animasi, muat naik lagu, trim lagu dan lain -lain dalam menghasilkan video. Video yang telah siap boleh dinaikkan di platfrom youtube bagi mereka yang mempunyai akaun tersebut.

 Gambar disini


Tarikh       : 20 Disember 2018

Masa         : 7:30 am - 12:30pm

Peserta     : 169 orang

Tujuan :

Matlamat penganjuran program kali ini adalah untuk memperkenalkan PEDi Felda Redong sebagai tempat rujukan komuniti setempat. Selain itu juga, adalah untuk mengeratkan hubungan PEDi Felda Redong dengan komuniti setempat serta mewujudkan kalobarasi antara pemimpin setempat serta agensi untuk mewujudkan komuniti setempat. Melalui program ini juga mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti:

Bagi program kali ini seramai 169 orang yang telah hadir mengikuti proram ini. Bagi pertandingan yang berkaitan dengan Dashboard Komuniti iaitu Pertandingan Apa Cite tu? (Mypengumuman) serta Pertandingan Plot Sana Sini (Myplace), Pertandingan Kahoot Advokasi Klik Dengan BIjak, Pertandingan Puzzle Word Search serta Pertandingan Mewarna bertemakan Keluarga Bahagia Tanpa Dadah telah diadakan sehari lebih awal iaiatu pada 19 Disember 2018.

Pada 20 Disember 2018, telah dimulakan dengan aktiviti Program 10Ribu Langkah, diikuti dengan poco-poco dan disusuli dengan pertandingan memakan buah epal yang telah dijalankan diperkarangan Dewan Serbaguna Felda Redong. 

Selain itu juga turut diadakan kaunter pameran dari pada Klinik Pergigian Bandar Putra Dan Segamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Segamat, Maybank Tangkak (ASB) serta Forever Living.  Saringan kesihatan turut diadakan di dalamPEDi Felda Redong yang telah dijalankan diantara PEDi, Klinik Desa Felda Redong serta Klinik Kesihatan Labis. Pemeriksaan kesihatan gigi turut diadakan dari Klinik Pergigian Bandar Putra dan Segamat.

Taklimat penjagaan gigi yang bertajuk Karies Gigi telah disampaikan oleh Dr Muhammat Izzat Hassan dari Klinik Pergigian Bandar Putra.  Selepas taklimat penjagaan gigi telah diadakan aktiviti berus gigi beramai-ramai di kalangan kanak-kanak.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil dari Pengurusan Felda Redong iaitu  En Mohd Ezri Hasriq Bin Harun, Penyelia Pembangunan Komuniti. Turut hadir ke masjlis penutupan iaitu Tuan Hj Amat Jupri Bin Dakir, Timbalan Pengerusi JKKR Felda Redong merangkap Ketua Peneroka Felda Redong, Tuan  Hj Mohd Amin Bin Talib, Imam 1 Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong serta Puan Hajah Rukiah Binti Rahmat, Pengerusi GPW Felda Redong.

Gambar disini.


Tarikh   : 2 & 3 Disember 2018

Masa     : 9:30 am - 12 :30pm

Peserta : 9 Orang

Tujuan: 

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah seramai 9 orang. Kelas ini sebenarnya adalah untuk memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta untuk menyediakan pembentangan yang menarik dan berkualiti. Diharap daripada kelas ini, peserta dapat melaksanakan proses hubung kait antara persembahan dan pembuatan keputusan yang cepat.

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan cara menggunakan tool yang terdapat pada Microsoft Office Powerpoint. Latihan berpandu dengan bimbangan petugas PEDi Felda Redong bagi menyediakan slaid pembentangan bertajuk Myself. Selepas itu, peserta di kehendaki menyediakan lagi satu slaid pembentangan yang bertemakan Myfamily untuk mengetahui penguasaan peserta dalam menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Slaid pembentangan yang telah siap telah disimpan dalam  video yang simple

Gambar disini