Tarikh : 25 Oktober 2018 Masa : 3.00 pm - 5.00pm Peserta : 5 orang |
Tujuan:
Mengetahui tahap kemahiran dan penguasaan penggunaan Microsoft Powerpoint dikalangan pelajar. Pelajar didedahkan tentang fungsi penggunaan Microsoft Powerpoint yang bukan sahaja digunakan untuk menyediakan slaid pembentangan malah bolah digunakan bagi menghasilkan video yang simple, dan mudah serta menarik.
Aktiviti:
Bagi kelas membuat video intro pembuka prestasi menggunakan platform Microsoft Powerpoint ini telah diikuti seramai 5 orang dari pelajar sekolah rendah. Pertama sekali, pelajar ditunjuk ajar dan dikehendaki memuat turun lagu menggunakan aplikasi youtube dan menukarkan lagu tersebut ke dalam bentuk windows media video file (wmv) yang menggunakan di atas talian sahaja. Kemudian pelajar diberi didedahkan cara untuk melakukan suntingan, trim serta edit menggunakan powerpoint bagi menghasilkan video intro pembuka prestasi yang ringas dan menarik. Video yang telah siap diedit dikehendaki di simpan dalam bentuk video dan ditontonkan kepada peserta yang lain.