Tarikh : 9 November 2018 Masa : 9.00am -10.30am Peserta :1 orang |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara penggunaan microsoft publisher dengan cara membuat kad jemputan ke majlis hari lahir. Melalui kelas ini peserta mampu mengetahui perkara asas dalam Microsoft publisher seperti fungsi tools yang terdapat dalam publisher
Aktiviti:
Peserta terdiri dari pelajar sekolah rendah dimana peserta diterangkan cara asas untuk menggunakan publisher. Pengajar menerangkan kepada peserta tentang fungsi setiap tools kemudian peserta diarahkan mengikut langkah demi langkah dalam meghasilkan kad sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh pengajar. Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan kad mengikut kreativiti peserta
Tarikh : 25 Oktober 2018 Masa : 3.00 pm - 5.00pm Peserta : 5 orang |
Tujuan:
Mengetahui tahap kemahiran dan penguasaan penggunaan Microsoft Powerpoint dikalangan pelajar. Pelajar didedahkan tentang fungsi penggunaan Microsoft Powerpoint yang bukan sahaja digunakan untuk menyediakan slaid pembentangan malah bolah digunakan bagi menghasilkan video yang simple, dan mudah serta menarik.
Aktiviti:
Bagi kelas membuat video intro pembuka prestasi menggunakan platform Microsoft Powerpoint ini telah diikuti seramai 5 orang dari pelajar sekolah rendah. Pertama sekali, pelajar ditunjuk ajar dan dikehendaki memuat turun lagu menggunakan aplikasi youtube dan menukarkan lagu tersebut ke dalam bentuk windows media video file (wmv) yang menggunakan di atas talian sahaja. Kemudian pelajar diberi didedahkan cara untuk melakukan suntingan, trim serta edit menggunakan powerpoint bagi menghasilkan video intro pembuka prestasi yang ringas dan menarik. Video yang telah siap diedit dikehendaki di simpan dalam bentuk video dan ditontonkan kepada peserta yang lain.
Tarikh :12 Oktober 2018 Masa :10.00am -11.30am Peserta :6 orang |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang open source web berasaskan pendidikan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pemahaman mereka dengan penggunaan perkataan bahasa inggeris.
Aktiviti:
Peserta terdiri dari 6 orang pelajar sekolah rendah dimana mereka perlu menyelesaikan puzzle dan menyelesaikan carian perkataan bahasa inggeris "english word search' yang dikehendaki. Untuk menarik minat peserta, mereka diberi tema dan mereka perlu mencari ayat bahasa inggeris yang tersembunyi dalam tempoh masa yang diberikan. Diakhir kelas peserta mampu menguasai kemahiran pemahan (vocabulary) bahasa inggeris dengan lebih banyak.
Tarikh :10 Oktober 2018 Masa :10.00am -11.30am Peserta :Pelajar Dan Petugas PDK Sinar Cahaya |
Tujuan:
Seramai 12 orang terdiri daripada pelajar dan petugas PDK Sinar Cahaya Felda Redong telah meluangkan masa lebih kurang 1jam membuat program bersama ini. Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai kepelbagaian fungsi PEDi Felda Redong serta memberi pengalaman kepada petugas dan pelajar menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi Felda Redong kepada komuniti setempat. Selain itu juga, taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi klik dengan bijak bagi melahirkan pengguna yang lebih perhatin dan bertanggungjawab ketika melayari internet.
Aktiviti:
Penerangan ringkas advokasi klik dengan bijak kepada pelajar dan petugas PDK Sinar Cahaya. Selain itu juga promosi dashboard komuniti turut diadakan. Pelajar serta petugas PDK SInar Cahaya juga diberi peluang untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi Felda Redong seperti penggunaan komputer untu melayari internet serta pemeriksaan kesihatan.
Tarikh :26 Oktober 2018 Masa :9.00am -10.30am Peserta :4 orang |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kegunaan Bahasa Inggeris dengan keadaan yang lebih menyeronokkan dan mudah difahami.
Aktiviti:
Peserta terdiri dari 4 orang pelajar sekolah dimana mereka diterangkan cara teknik permainan pendidikan ini. Untuk menarik minat peserta, mereka diberi tema dalam bahasa inggeris dan peserta perlu menyelesaikan masalah tersebut dalam bahasa inggeris dengan konsep permainan pendidikan. Diakhir kelas peserta mampu menguasai kemahiran pemahan (vocabulary) bahasa inggeris dengan lebih banyak dan mampu menguasai tatabahasa (grammar) dengan lebih mudah