Tarikh :30 September 2018 Masa :3.00pm - 4.00 pm Peserta :5 orang |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang web berkaitan pendidikan terutama pendidikan Bahasa Inggeris.
Aktiviti:
Peserta terdiri dari 5 orang pelajar sekolah dimana mereka diterangkan cara teknik menggunakan web word search dengan betul. Mereka diarahkan untuk mencari beberapa perkataan tersembunyi dalam bahasa inggeris yang terdiri daripada topik makanan, persekitaran, haiwan dan negara. Selepas mereka berjaya mencari semua perkataan tersembunyi, mereka perlu menterjemahkan kepada bahasa melayu dengan bimbingan pengajar. Melalui aktiviti ini, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah ini akan mampu menguasai dan meningkatkan beberapa 'vocabulary' atau perbendaharaan kata daripada bahasa inggeris dengan lebih cepat dan mudah diingati.