Tarikh     :8 September 2018

Masa       :7.30am - 1.00pm

Peserta    :252 orang

 

Tujuan:

Hari Bersama Komuniti 2018 bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara PEDi Felda Redong dengan komuniti setempat serta mewujudkan kalobarasi antara pemimpin setempat dan pelbagai agensi. Selain itu juga adalah untuk memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti serta menggalakkan komuniti setempat untuk memuat turun di telefon pintar masing-masing. Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran  tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Hari Bersama Komuniti ini juga memberi peluang kepada usahawan untuk menambah ilmu serta info terkini berkaitan dengan perniagaan di atas talian. Selain itu juga memupuk dan memberi kesedaran mengenai tahap kesihatan individu.

Aktiviti:

Hari Bersama Komuniti 2018 ini dijalankan serentak di dua tempat iaitu di PEDi Felda Redong dan Dewan Serbaguna Felda Redong. Di PEDi Felda Redong telah diadakan pelbagai bengkel bermula dari seawal 8.00 pagi hingga 12.00 tengahhari. Terdapat 3 slot yang mana slot pertama adalah Taklimat Advikasi yang meliputi Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, Cheack Your Label serta e-waste. Slot Kedua adalah Aplikasi Dashboard Komuniti yang meliputi penerangan mengenail kepelbagaian fungsi Dashboard Komuniti, muat turun aplikasi dashboard komuniti, tengok-tengok barang (myshop), mykomuniti serta tip-tip fotografi. Manakala slot ketiga adalah ceramah keusahawanan yang disampaikan oleh En Azizi Noor Fizi Bin Jamion dari Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd berkaitan dengan perniagaan pada masa kini. Selain itu turut dijalankan 2 pertandingan di atas talian berkaitan dengan advokasi dan dashboard komuniti.

Manakala di Dewan Serbaguna Felda Redong telah bermula dari pukul 7.30 pagi dimulai dengan Program 10Ribu Langkah kemudian diikuti dengan sukaneka. Pameran dari pelbagai agensi iaitu Kolej Komuniti Bandar Putra, Pejabat Tenaga Kerja Segamat, Pusat Latihan Lembaga Sawit Malaysia (PLASMA) MPOB Pahang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Segamat, ArRahnu YAPEIM Labis, ArRahnu Pos Segamat, COWAY, Tupperware, Nur Family Travel, One XOX dan Sahabat Gadjet. Selain itu juga, pertandingan mewarna terbahagi kepada 2 kategori iaitu terbuka dan juga ibu/bapa/penjaga dengan anak-anak. PEDi Felda Redong juga telah membuka kaunter saringan pemeriksaan kesihatan sejajar yang mana kini PEDi merupakan Sukarelawan KOSPEN.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Yb Dr Sulaiman Bin Mod Nor, Adun Kemelah. Turut hadir ke masjlis penutup Puan Roszeta Binti Kassim, Ketua Jabatan SKMM Wilayah Selatan, En Nazaruddin Bin Abu Bakar (wakil TM), En Hasnizam Bin Hashim, Pengurus Wilayah Selatan Dan Ustaz Muhammad Hadi Bin Mahrof, SDA(U) Felda Redong wakil kepada Pengurus Felda Redong.

Gambar disini.