Tarikh :10 Oktober 2018 Masa :10.00am -11.30am Peserta :Pelajar Dan Petugas PDK Sinar Cahaya |
Tujuan:
Seramai 12 orang terdiri daripada pelajar dan petugas PDK Sinar Cahaya Felda Redong telah meluangkan masa lebih kurang 1jam membuat program bersama ini. Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai kepelbagaian fungsi PEDi Felda Redong serta memberi pengalaman kepada petugas dan pelajar menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi Felda Redong kepada komuniti setempat. Selain itu juga, taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi klik dengan bijak bagi melahirkan pengguna yang lebih perhatin dan bertanggungjawab ketika melayari internet.
Aktiviti:
Penerangan ringkas advokasi klik dengan bijak kepada pelajar dan petugas PDK Sinar Cahaya. Selain itu juga promosi dashboard komuniti turut diadakan. Pelajar serta petugas PDK SInar Cahaya juga diberi peluang untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi Felda Redong seperti penggunaan komputer untu melayari internet serta pemeriksaan kesihatan.