Tarikh : 19 Disember 2019 Masa : 10:30 am - 12:30 pm Peserta : 2 0rang |
Tujuan:
Memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta dalam menyediakan galeri gambar yang menarik dan berkualiti. Selain itu juga memupuk dan melaksanakan proses hubung kait dengan persembahan dan pembuatan keputusan yang cepat. Mendedahkan peserta cara menggunakan aplikasi fotojet.com bagi membuat galeri gambar ( collage maker) bagi yang simple dan mudah di atas talian.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan dan pengenalan berkaitan dengan portal rasmi Pusat Ekonomi Digital (PEDi)Felda Redong. Peserta diajar cara untuk muat turun gambar dari portal bagi aktiviti PEDi Felda Redong sepanjang bulan November 2019 bagi menghasilkan galeri gambar. Peserta diberikan pendedahan dan cara menggunakan aplikasi fotojet.com oleh petugas. Peserta dikehendaki menghasilkan galeri gambar aktiviti PEDi Felda Redong bulan November 2019 dan hasilkan yang sudah siap dimuat turun dan disimpan di dalam bentuk JPEG.
Tarikh : 4 November 2019 Masa : 10.00 pagi - 1.00 tghari Peserta : 2 orang |
Tujuan:
Memberi kemahiran dan kefahaman kepada pelajar cara menggunakan Micorosft Excel dengan betul dn terperinci. Diakhir kelas ini, peserta mampu untuk menghasilkan laporan yang kemas dan mampu mengeluarkan analisis kewangan dengan betul dengan menggunakan graf dan perserta juga mampu untuk memasukkan data dengan betul
Aktiviti:
Peserta diajar cara untuk menggunakan Microsoft excell secara advance/mahir. Peserta diminta membuat imbangan kewangan menggunakan excell dan menggunakan formula excell dalam mendapatkan jawapan
Tarikh : 21 Oktober 2019 Masa : 11.00am - 4.00pm Peserta : 2 orang |
Tujuan:
Memberi kemahiran membuat dan mengedit resume yang menarik kepada para peserta melalui beberapa sumber seperti dari microsoftword, publisher dan dari website membina resume. Diakhir kelas ini peserta dapat menghasilkan kandungan resume yang menarik.
Aktiviti:
Peserta diberi penerangann terlebih dahulu tentang cara yang betul untuk membuat resume dan cara penggunakan microsoft word dan publisher dalam mengedit resume. Peserta perlu menyediakan maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam kandungan resume dan pengajar mengajar cara mengedit resume melalui microsoft word dan juga publisher. Kemudian peserta bebas memilih template resume dari wesite untuk kegunaan peserta.
Tarikh : 19 Oktober 2019 Masa : 9 .00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 6 orang |
Tujuan:
Memberi kemahiran dan kefahaman kepada pelajar cara menggunakan Micorosft Powerpoint. Oleh yang demikian, satu latihan aplikasi daripada penggunaan adalah menyedaikan countdown timer yang menarik dan berkualiti menggunakan Microsoft Powerpoint. Melalui aktiviti ini, dapat melaksanakan proses hubung kait antara persembahan dan pembuatan keputusan yang cepat.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan serta fungsi setiap item yang terdapat di Micorosoft Powerpoint. Latihan berpandu diberikan kepada peserta dalam menghasilkan countdown timer yang menarik. Countdown timer menuntut para peserta menggunakan insert, design, transitions serta animations. Hasil slaid yang telah siap dikehendaki disimpan di dalam bentuk windows media video file (wmv)
Tarikh : 28 Oktober 2019 Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahhari Peserta : 2 orang |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta cara menaip yang betul dan pantas. Peserta juga didedahkan dengan aplikasi ujian trengkas untuk menguji tahap kemahiran menaip peserta.
Aktiviti:
Peserta mendengar penerangan daripada tenaga pengajar tentang cara menaip dengan betul dan memberi latihan dalam bentuk aplikasi sense lang. Peserta dinilai melalui jumlah patah perkataan yang betul dan tahap kelajuan peserta menaip. Diakhir kelas, peserta mampu untuk menggunakan papan kekunci dengan kaedah yang betul dan peserta telah mempunyai tahap kemahiran menaip yang memuaskan.