Tarikh :5 & 6 Disember 2020 Masa :2:00 pm - 5:00pm & 3:00pm - 5:00pm Peserta :5 orang |
Tujuan:
Kelas perisian pemprosesan perkataan ini telah dijalankan selama 2 hari yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 5 orang. Matlamat utama kelas ini diadakan adalah untuk mengenal pasti tugas-tugas utama perisian pemproses perkataan dan mengaplikasikan penggunaan perisian ini dalam aspek kehidupan harian. Selain itu juga, kelas ini juga memberi pendedahan cara penggunaan internet dengan betul dan selamat.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan tentang icon serta kegunaannya yang terdapat di paparan perisian pemprosesan perkataan. Latihan berpandu dengan bimbangan petugas bagi menghasilkan latihan dan tugasan yang diberikan menggunakan pemprosesan perkataan. Antara latihan yang diberikan adalah bullet dan numbering, jadual, surat, flyer, kad ucapan, jemputan, kepala surat rasmi (letterhead), minit mesyuarat, buku program, poster, iklan (advertisement) serta logo.
Tarikh : 20, 21 & 22 November 2020 Masa : 10.15 am - 11.45 am Peserta :12 orang |
Tujuan:
Peserta terdiri daripada 12 orang pelajar SMK Tenang Stesen merupakan pelajar Tingkatan 5 pemprosesan makanan tahun 2020. Berdasarkan situasi semasa pendemik Covid-19 dan kekangan capaian internet pelajar, panitia telah berkolobrasi dengan pihak PEDi Felda Redong bagi mengadakan pelaksanaan ulangkaji berfokus SPM 2020.
Aktiviti:
Hasil dapatan semasa pelajar sepanjang cuti, didapati mereka kurang jelas apabila mengikuti kelas atas talian. Oleh yang demikian, guru mata pelajaran pemprosesan makanan mengadakan kelas ulangkaji berfokus bagi membimbing pelajar SPM yang terlibat pada tahun ini. Setiap sesi kelas hanya melibatkan 4 orang pelajar dan seorang guru pembimbing iaitu En Shahril Azizi Bin A.Rahim.
Tarikh : 18 September 2020 Masa : 9:00am - 12:00pm Tempat : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Redong Peserta : 9 orang |
Tujuan :
Kelas telah dihadiri seramai 9 orang pelajar yang mana kesemuanya dalah pelajar baharu. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta cara menaip yang betul dan pantas. Peserta juga didedahkan dengan aplikasi ujian trengkas untuk menguji tahap kemahiran menaip peserta.
Aktiviti:
Peserta mendengar penerangan daripada tenaga pengajar tentang cara menaip dengan betul dan memberi latihan dalam bentuk aplikasi di http://sense-lang.org . Untuk meningkatkan tahap kemahiran menaip dan fungsi penggunaan papan kekunci, pelajar dikehendaki membuat latihan tutorial menaip secara di atas talian di http://sense-lang.org sebanyak 16 modul.
Selain itu juga, peserta juga diuji tahap kepantasan menaip dengan menggunakan aplikasi di https://10fastfingers.com/ . Peserta dinilai melalui jumlah patah perkataan yang betul dan tahap kelajuan peserta menaip. Diakhir kelas, peserta mampu untuk menggunakan papan kekunci dengan kaedah yang betul dan peserta telah mempunyai tahap kemahiran menaip yang memuaskan.
Tarikh : 15 Oktober 2020 Masa : 2:00 pm - 4.00 pm Peserta : 2 orang |
Tujuan:
Memberi kemahiran dan kefahaman kepada pelajar cara menggunakan Micorosft Powerpoint. Oleh yang demikian, satu latihan aplikasi daripada penggunaan adalah menyedaikan countdown timer yang menarik dan berkualiti menggunakan Microsoft Powerpoint. Melalui aktiviti ini, dapat melaksanakan proses hubung kait antara persembahan dan pembuatan keputusan yang cepat.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan serta fungsi setiap item yang terdapat di Micorosoft Powerpoint. Latihan berpandu diberikan kepada peserta dalam menghasilkan countdown timer yang menarik. Countdown timer menuntut para peserta menggunakan insert, design, transitions serta animations. Hasil slaid yang telah siap dikehendaki disimpan di dalam bentuk windows media video file (wmv)
Tarikh : 29 Ogos 2020 Masa :10:00 am - 11:30 am |
Tujuan:
Penyertaan sebanyak 10 kumpulan yang terdiri daripada ahli keluarga komuniti telah terlibat dalam pertandingan video kraftangan merdeka 2020. Pertandingan video merdeka ini mengkehendaki peserta untuk menggunakan barangan terpakai untuk di kitar semula. Pertandingan ini dapat menggalakkan komuniti terus aktif dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Selain itu, merapatkan hubungan bersama organisasi kampung dan PEDi. Oleh yang demikian, dapat memupuk kerjasama kekeluargaan dalam menghasilkan kraftangan dan mewujudkan sifat cinta akan tanah air negara bersempena kemerdekaan.
Aktiviti:
Majlis penyampaian hadiah ini dirasmikan oleh Ketua Peneroka Felda Redong Satu iaitu Tuan Hj Amat Jupri Bin Dakir. Majlis ini juga diserikan dengan bacaan doa Tuan Hj Md Amin Bin Talib yang merupakan imam Masjid Nurul Falah Felda Redong. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pemenang yang telah menyertai pertandingan video kraftangan merdeka di Pusat Ekonomi Digital (PEDi Felda Redong. Selain itu, penyampaian sijil kepada peserta pertandingan poster PEDi Pemangkin Komuniti Digital juga turut diadakan. Seterusnya, video kraftangan merdeka ditayangkan kepada tetamu dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.