Tarikh          : 29 Ogos 2020

Masa           :10:00 am - 11:30 am

Tujuan:

Penyertaan sebanyak 10 kumpulan  yang terdiri daripada ahli keluarga komuniti telah terlibat dalam pertandingan video kraftangan merdeka 2020. Pertandingan video merdeka ini mengkehendaki peserta untuk menggunakan barangan terpakai untuk di kitar semula.  Pertandingan ini dapat menggalakkan komuniti terus aktif dengan Pusat Ekonomi Digital  (PEDi). Selain itu, merapatkan hubungan bersama organisasi kampung dan PEDi. Oleh yang demikian, dapat memupuk kerjasama kekeluargaan dalam menghasilkan kraftangan dan mewujudkan sifat cinta akan tanah air negara bersempena kemerdekaan.

 

Aktiviti:

Majlis penyampaian hadiah ini dirasmikan oleh Ketua Peneroka Felda Redong Satu iaitu Tuan Hj Amat Jupri Bin Dakir. Majlis ini juga diserikan dengan bacaan doa Tuan Hj Md Amin Bin Talib yang merupakan imam Masjid Nurul Falah Felda Redong. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pemenang yang telah menyertai pertandingan video kraftangan merdeka di Pusat Ekonomi Digital (PEDi Felda Redong. Selain itu, penyampaian sijil kepada peserta pertandingan poster PEDi Pemangkin Komuniti Digital juga turut diadakan. Seterusnya, video kraftangan merdeka ditayangkan kepada tetamu dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Gambar disini