Tarikh      : 23 Januari 2020

Masa       :9:00 pagi - 3:00 patang

Peserta   :73 orang 

Tujuan:

Program Selamatkan Nyawa Melalui Pengesan Awal Dan Pencegahan Yayasan Buah Pinggang merupakan program kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Redong bersama  Yayasan buah Pinggang Kebangsaan Malaysia yang telah dihadiri seramai 73 orang yang bermula dari 9 pagi hingga 3 petang. Objektif utama penganjuran program ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Selain itu juga untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti.  Diharapkan melalui program ini dapat memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan komuniti.  

Aktiviti :

Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi berkaitan dengan teknologi dan anda turut diberikan kepada pengunjung yanag hadir. Selain itu juga diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan dashboard komuniti serta menggalakkan muat turun di telefon pintar masing-masing. Kemudian disusuli dengan ceramah  pemakanan sihat yanag merangkumi penyakit buah pinggang serta gaya pemakanan sihat. Pemeriksaan kesihatan turut diadakan dengan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan indeks jisim tubuh (BMI), pemeriksaan kesihatan buah pinggang,ujian gula dalam darah, ujian kolesterol serta sesi kaunseling.

Gambar disini