Tarikh      : 18 September 2020

Masa        : 9:00am - 12:00pm

Tempat    : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Redong

Peserta    : 9 orang

 

Tujuan :

Kelas telah dihadiri  seramai 9 orang pelajar yang mana kesemuanya dalah pelajar baharu. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta cara menaip yang betul dan pantas. Peserta juga didedahkan dengan aplikasi ujian trengkas untuk menguji tahap kemahiran menaip peserta.

Aktiviti:

Peserta mendengar penerangan daripada tenaga pengajar tentang cara menaip dengan betul dan memberi latihan dalam bentuk aplikasi di http://sense-lang.org . Untuk meningkatkan tahap kemahiran menaip dan fungsi penggunaan papan kekunci, pelajar dikehendaki membuat latihan tutorial menaip secara di atas talian  di http://sense-lang.org sebanyak 16 modul.

Selain itu juga, peserta juga diuji tahap kepantasan menaip dengan menggunakan aplikasi di https://10fastfingers.com/ . Peserta dinilai melalui jumlah patah perkataan yang betul dan tahap kelajuan peserta menaip. Diakhir kelas, peserta mampu untuk menggunakan papan kekunci dengan kaedah yang betul dan peserta telah mempunyai tahap kemahiran menaip yang memuaskan.

Gambar disini