Tarikh | : | 10 & 19 Mac 2022 |
Masa | : | 9:30am - 1:00pm |
Tempat | : | google meet |
Peserta | : | 5 orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada 5 orang bagi kedua sesi tersebut yang mana peserta merupakan pembuat kuih dan juga mereka yang berkerja di dalam industri pemakanan. Matlamat kursus ini diadakan adalah memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
Aktiviti :
Kursus latihan pengendalian makanan ini merupakan program kolabari bersama NZ Bunga Venture Training & Consultant dijalankan secara Google Meet. Kesemua peserta dikehendaki mengisi borang kehadiran kursus.
Taklimat kursus LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan.Taklimat berkaitan kursus LPM terdiri daripada beberapa modul iaitu
- Pengenalan kursus LPM
- Kebersihan makanan
- Keselamatan makanan
- Faktor-faktor risiko keracunan makanan
Selain itu terdapat juga tayang video serta kuiz bagi memberi pemahaman yang lebih kepada peserta.
Tarikh | : | 3 Februari 2022 |
Masa | : | 4:00pm - 6:00pm |
Peserta | : | Belia |
Tujuan:-
Peserta terdiri daripada seorang belia wanita yang ingin membuat kad kahwin untuk rakannya. Belia diberi pendedahan serta kefahaman dan pengetahuan teknik-teknik mereka bentuk kad kahwin menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.
Aktiviti :-
- Latihan berpandu dengan bimbangan petugas bagi menghasilkan latihan yang diberikan menggunakan Microsoft Publisher bagi menghasilkan kad kahwin.Sebelum menghasilkan kad kahwin, peserta diberi pendedahan juga cara mengggunakan Microsoft Powerpoint dalam menghasilkan peta lokasi bagi diletakkan di dalam kad kahwin.
- Peserta juga diberikan pendedahan cara menggunakan enjin carian bagi mencari logo yang sesuai diletakkan dilaman peta bagi menghasilkan peta lokasi perkahwinan.Peserta juga didedahkan dengan cara menggunakan google image ketika mencari design dan frame yang sesuai dalam menghasilkan kad kahwin.
Tarikh | : | 20 & 21 Oktober 2021 |
Masa | : | 5:00 - 6:00pm |
Peserta | : | 1 (Belia) |
Tujuan:-
Untuk mempelajari cara untuk membuat dan cara menggunakan email serta pengunaan google drive. Selain itu juga peserta didedahkan cara menggunakan google form.
Aktiviti :-
- Peserta diberi penerangan terlebih dahulu tentang cara membuat email dan proses pendaftaran email google. Peserta diberi demo dan peserta perlu membuat sendiri. Peserta diminta untuk memasukkan data maklumat ke dalam gmail seperti password dan soalan keselamatan. Selepas membuat email peserta diminta untuk mencuba email tersebut dengan cara menghantar email kepada kenalan dan mengakses ke media social
- Peserta didedahkan cara penggunaan google drive dan juga cara berkongsi maklumat kepada orang lain menggunakan google drive dan juga google form.
Tarikh | : | 16 November 2021 (Selasa) |
Masa | : | 11:00am - 12:00pm |
Tempat | : | Google Meet |
Peserta | : | Wanita |
Tujuan:-
Memberi pendedahan tentang ancaman remaja masa kini melalui google meet oleh LPPKN.
Aktiviti:-
Program advokasi “ Ancaman Remaja Masa Kini” oleh LPPKN. Taklimat selama 1 jam yang dilakukan secara atas talian google meet memberi pendedahan tentang masalah yang dihadapi remaja sekarang yang menjadikan teknologi terkini iaitu media social sebagai platform remaja menyalahgunakan sehingga berlakunya jenayah dan masalah sosial.
Tarikh | : | 7 & 9 September 2021 |
Masa | : | 4:00 - 5:30 pm - 3:00 - 5:00pm |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan:
Kelas terdiri daripada 2 orang adik beradik yang bersekolah di SK Felda Redong. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta cara menaip yang betul dan pantas. Peserta diberi pendedahan tentang fungsi papan kekunci dan cara menggunakanya.Peserta diberi pendedahan cara menggunakan papan kekunci secara online di sense-lang.org.
Aktiviti:
Peserta mendengar penerangan daripada tenaga pengajar tentang cara menaip dengan betul dan memberi latihan dalam bentuk aplikasi di http://sense-lang.org . Untuk meningkatkan tahap kemahiran menaip dan fungsi penggunaan papan kekunci, pelajar dikehendaki membuat latihan tutorial menaip secara di atas talian di http://sense-lang.org sebanyak 16 modul.
Diakhir kelas, peserta mampu untuk menggunakan papan kekunci dengan kaedah yang betul dan peserta telah mempunyai tahap kemahiran menaip yang memuaskan.