Tarikh | : | 20 Januari 2023 |
Masa | : | 10:00am - 12:30pm |
Peserta | : | Komuniti Felda Redong |
Tujuan:
Objektif program ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran, keterangkuman & penggunaan kaedah pembayaran Tanpa Tunai (cth. Kod QR, kredit/debit, eWallet, dll) kepada orang ramai khususnya di kawasan luar bandar. Selain daripada itu, tumpuan seterusnya juga akan diberikan kepada pedagang/peruncit di sekitar komuniti PEDi/PEDi pada platform digital.
Aktiviti:-
Penjualan Aiskrim RM 1 setiap satu dengan kaedah pembayaran tanpa tunai (debit, QR Pay dan e-wallet). Selain itu juga diadakan cabutan bertuah untuk menarik pengunjung. Turut diadakan pameran kesedaran pembayaran tanpa tunai.
Tarikh | : | 20 Oktober 2022 (Khamis) |
Masa | : | 9:30 Pagi |
Peserta | : | 4 orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada 4 orang bagi kedua sesi tersebut yang mana peserta merupakan pembuat kuih dan juga mereka yang berkerja di dalam industri pemakanan. Matlamat kursus ini diadakan adalah memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
Aktiviti :
Kursus latihan pengendalian makanan ini merupakan program kolabari bersama NZ Bunga Venture Training & Consultant dijalankan secara Google Meet. Kesemua peserta dikehendaki mengisi borang kehadiran kursus.
Taklimat kursus LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan.Taklimat berkaitan kursus LPM terdiri daripada beberapa modul iaitu
- -Pengenalan kursus LPM
- -Kebersihan makanan
- -Keselamatan makanan
- -Faktor-faktor risiko keracunan makanan.
Selain itu terdapat juga tayang video serta kuiz bagi memberi pemahaman yang lebih kepada peserta.
Tarikh | : | 7 Julai 2022 |
Masa | : | 3:30 pm - 6:00pm |
Peserta | : | 17 orang |
Tujuan:
Kelas ICT (terokai komputer) ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan komponen-komponen yang berada di komputer. Peserta dapat melihat dan memegang komponen fizikal komputer serta dapat memahami fungsi-fungsinya.
Peserta juga diberikan pendedahan cara penjagaan komputer seperti tidak menghidupkannya ketika waktu hujan lebat kerana berisiko terkena petir. Selain itu, langkah penjagaan yang kedua ialah sentiasa mengawasi suhu komputer dengan tidak membiarkan komputer terlalu panas.
Perlaksanaan aktiviti:
Petugas memberi sedikit taklimat berkaitan komponen komputer kepada peserta dengan menyiarkan slide powerpoint. Setelah taklimat diberikan, petugas menunjukkan amali membuka dan memasang komponen komputer. Setelah itu, peserta mula mencuba membuka dan memasang semula komponen komputer dengan bimbingan petugas PEDi. Di akhir pembelajaran, peserta dapat mengenali komponen komputer dan mengetahui langkah-langkah penjagaan yang betul.
Tarikh | : | 20 Ogos 2022 |
Masa | : | 11:00am-1:00pm |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan:
Latihan canva ini telah diikuti oleh seorang usahawan yang mengikuti kelas untuk mengedit gambar flyer perrniagaannya. Secara amnya, kelas ini memberi pendedahan kepada peserta cara membuat bahan promosi perniagaan(flyer dan poster) menggunakan platfrom canva.
Diakhir kelas, peserta mampu menguasai ilmu menghasilkan flyer dan poster menggunakan aplikasi canva. Selain itu, peserta mampu mengetahui perkara asas dalam canva seperti pemilihan latarbelakang yang menarik dan jenis dan saiz tulisan. Melalui kelas ini, peserta mampu untuk berkreatif dengan idea masing-masing.
Aktiviti:
- Peserta di beri penerangan dan cara asas untuk menggunakan aplikasi canva.Peserta yang tidak mempunyai email diajar untuk membuat email terlebih dahulu kemudian membuat akaun canva.Pengajar menerangkan tentang fungsi setiap tools yang terdapat dalam canva.Peserta juga diajar mencari imej di google bagi digunakan untuk membuat poster dan flyer.Peserta diarahkan mengikut pengajar langkah demi langkah dalam menghasilkan flyer dan poster.
Tarikh | : | 18 April 2011 |
Masa | : | 10:00am -12:00pm |
Tempat | : | Google meet |
Peserta | : | 21 orang |
Tujuan:
Kolabarasi bersama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Batu Pahat secara atas talian iaitu google meet. Ceramah berkaitan kesihatan secara dalam talian, membantu orang ramai mengetahui lebih lanjut tahap kolesterol diri sendiri.
- Selain itu juga diberi pendedahan cara-cara mengambilan makanan yang seimbang secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling.Ceramah ini juga dapat mengekalkan tahap kolesterol yang seimbang dalam badan dan menghindari daripada punca terjadinya penyakit yang berbahaya.
Aktiviti:
- Pendaftaran peserta menggunakan google drive. Taklimat ceramah kesihatan meliputi topik kenali kolesterol dan gaya hidup sihat telah disampaikan oleh Puan Hanis Nadirah dan Puan Nur Fadhilah Auzairuddin.
- Tayang video berkaitan dengan topik yang disampaikan.Selain itu juga, diadakan kuiz bagi menguji kefahaman berkaitan dengan topik yang disampaikan. Hadiah pemenang dihantar oleh pihak urusetia terus ke rumah peserta.
- Gambar disini