Tarikh             :   7 Julai 2022                                         
 Masa  :  3:30 pm - 6:00pm
 Peserta  : 17 orang

 

Tujuan:

Kelas ICT (terokai komputer) ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan komponen-komponen yang berada di komputer. Peserta dapat melihat dan memegang komponen fizikal komputer serta dapat memahami fungsi-fungsinya.

Peserta juga diberikan pendedahan cara penjagaan komputer seperti tidak menghidupkannya ketika waktu hujan lebat kerana berisiko terkena petir. Selain itu, langkah penjagaan yang kedua ialah sentiasa mengawasi suhu komputer dengan tidak membiarkan komputer terlalu panas.

Perlaksanaan aktiviti:

Petugas memberi sedikit taklimat berkaitan komponen komputer kepada peserta dengan menyiarkan slide powerpoint. Setelah taklimat diberikan, petugas menunjukkan amali membuka dan memasang komponen komputer. Setelah itu, peserta mula mencuba membuka dan memasang semula komponen komputer dengan bimbingan petugas PEDi. Di akhir pembelajaran, peserta dapat mengenali komponen komputer dan mengetahui langkah-langkah penjagaan yang betul.

Gambar di sini