Tarikh                   : 10  & 19 Mac 2022                                   
Masa  : 9:30am - 1:00pm                               
Tempat google meet
Peserta : 5 orang

 

Tujuan :

Peserta terdiri daripada 5 orang bagi kedua sesi tersebut yang mana peserta merupakan pembuat kuih dan juga mereka yang berkerja di dalam industri pemakanan. Matlamat kursus ini diadakan adalah memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

Aktiviti :

Kursus latihan pengendalian makanan ini merupakan program kolabari bersama NZ Bunga Venture  Training & Consultant dijalankan secara Google Meet. Kesemua peserta dikehendaki mengisi borang kehadiran kursus.

Taklimat kursus LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan.Taklimat berkaitan kursus LPM terdiri daripada beberapa modul iaitu

  • Pengenalan kursus LPM
  • Kebersihan makanan
  • Keselamatan makanan
  • Faktor-faktor risiko keracunan makanan

Selain itu terdapat juga tayang video serta kuiz bagi memberi pemahaman yang lebih kepada peserta.

Gambar disini