Tarikh :7 Februari 2020 Masa :9:00 pagi - 3:00 patang Peserta :20 orang |
Tujuan:
Program beauty party bersama Mary Kay dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan salah satu program yang dirancangkan di dalam kemahiran keusahawanan. Program ini diadakan bagi memberikan kemahiran didalam bidang solekan serta peluang perniagaan kepada peserta yang mengikuti bengkel kali ini. Program ini juga sebenarnya untuk melestarikan PEDi sebagai pusat sehenti setempat dan mengeratkan hubungan serta kerjasama di antara PEDi dengan pelbagai agensi. Selain itu juga, ia dapat memberi dan menwujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Ia juga menggalakan komuniti untuk memuat turun aplikasi dashboard komuniti di dalam telefon pintar masing-masing.
Aktiviti:
- Penerangan mengenai penggunaan dashboard komuniti serta menggalakkan muat turun aplikasi tersebut. Penerangan mengenai advokasi maklumat palsu dan sebenarnya.my melahirkan penggunan yang bertanggungjawab.Peserta juga diberi pendedahan cara menggunakan dashboard komuniti dengan melakukan demo cara menggunakan dashboard komuniti iaitu myshop.
- Kemudian disusuli dengan penerangan ringkas berkaitan dengan produk Mary Kay. Peserta diberi pendedahan secara latihan praktikal cara penjagaan kulit muka menggunakan produk Mary Kay.Selanjutnya, latihan dan demo cara solekan menggunakan produk Mary Kay.