Tarikh        :16 Mac 2019

Masa          :9.00 am  - 11.00 am

Peserta      :13 orang

 

Tujuan:

Peserta bengkel kali ini terdiri seramai 13 orang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang perkakasan dan perisian yang terdapat pada sesebuah komputer. Selain itu juga, memberi pendedahan mengenai fungsi dan ciri-ciri  yang terdapat pada sistem pengoperasian komputer kepada peserta. Bengekl kali ini juga diadakan bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta mengalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital yang sihat dan selamat.

Aktiviti:

Taklimat ringkas klik dengan bijak kepada peserta bagi memberi kesedaran dalam menggunakan internet dengan cara yang berhikmah dan selamat. Selepas itu diadakan taklimat berkenaan dengan  perkakasan dan perisian yang terdapat di dalam semua komputer. Peserta didedahkan komponen yang terdapat di dalam CPU sebuah komputer. Selain itu juga diadakan pertandingan silang kata dan juga kuiz yang berkaitan dengan bengkel yang dijalankan pada hari ini bagi menguji tahap kefahaman peserta.

Gambar disini


Tarikh       :8 Mac 2019

Masa         :3.00pm - 6.00pm

Peserta     :4 orang

 

Tujuan:

Memberi kemahiran serta kefahaman kepada peserta untuk menguruskan penyenaraian data dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu juga, dapat mengetahui tahap penguasaan peserta di dalam penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa dalam memantapkan Bahasa Malaysia.

Aktiviti:

Peserta seramai 4 orang diberi taklimat ringkas menggunakan Microsoft Office Excel dan latihan berpandu/praktikal dalam memahami menggunakan Microsoft Office Excel. Peserta didedahkan cara membuat jadual, pelbagai jenis graf serta formula(pengiraan yang ringkas).Selain itu juga turut diadakan kuiz peribahasa dan simpulan bahasa dengan menggunakan platform quizizz bagi mengetahui dan penguasaan peserta dalam penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa secara tidak langsung dapat memantapkan Bahasa Malaysia.

Gambar disini


Tarikh       :20 Januari 2019

Masa         :8.00 am - 12.30pm

Tempat     :Perkarangan Masjid Nurul Falah Felda Redong

Peserta     :Komuniti Felda Redong, JKKR Wilayah                                 Segamat,Pejabat FELDA Wilayah & Komuniti                        Kampung Segamat Kecil

Tujuan:

Penganjuran program sambutan Maulidur Rasul 1440H merupakan anjuran bersama diantara NGO yang terdapat di Felda Redong dengan JKKR Wilayah Segamat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperingati hari keputeraan Nabi Muhamad SAW dengan mengadakan aktiviti perarakan sambil berselawat bagi memuliakan junjungan besar Baginda  Rasullah SAW. Program ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silatulrahim dikalangan komuniti setempat. Melalui aktiviti yang dijalankan ini, ia dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni di kalangan peserta.

Aktiviti:

Sambutan ini merupakan anjuran bersama NGO yang terdapat di Felda Redong dengan JKKR Wilayah Segamat. Bermula daripada mesyuarat bersama pihak Pejabat FELDA Wilayah Segamat dengan pengurusan Felda Redong bagi membincangkan perjalanan sambutan yang dijalankan  pada 20 Januari 2018.

Semasa berlangsungnya program ini, peserta terdiri dari komuniti Felda Redong, penduduk Kampung Asli Segamat Kecil, JKKR Wilayah Segamat serta jemputan khas . Program bermula dengan berkumpul di SK Felda Redong sebelum aktiviti perarakan raksasa  dari SK Felda Redong ke Masjid Nurul Falah Felda Redong dengan diiringi selawat. Majlis juga diserikan dengan bacaan ayat -ayat suci Al-Quran dan disusuli dengan ucapan dari Pengerusi Masjid Nurul Falah felda Redong dan Pengurus Besar Felda Wilayah Segamat.

Ceramah sempena Sambutan Maulidur'Rasul SAW 1440H telah disampaikan oleh Yh Dato' Ustaz Haji Badli Shah Bin Hj Alauddin, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. Selain itu juga, turut diadakan pertandingan bagi menyerikan majlis sambutan dan hadiah telah disampaikan oleh YB Natrah Ismail, Ahli Parlimen Sekijang dan turut hadir YB Dr Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah.

Bagi penganjuran sambutan kali ini, PEDi Felda Redong telah diberikan tugas bagi menyediakan segala dokumentasi bermula cadangan dan pembahagian kerja bagi sambutan tersebut. Selain itu, PEDi Felda Redong diberi tugas khas untuk menjemput jemputan yang terdiri daripada jemputan komuniti Felda Redong, perkampungan Asli Segamat Kecil, jemputan khas yang meliputi jemputan untuk JKKR yang terdapat di Wilayah Segamat, tetamu terhormat serta ahli parlimen dan adun serta jemputan undangan untuk penceramah. PEDi Felda Redong juga terlibat dalam penyediaan bajet (sebelum majlis) serta dokumentasi akaun bagi sambutan tersebut(selepas majlis).

Gambar disini.


Tarikh       : 4 Februari 2019

Masa        : 2.00 pm - 4.00pm

Tempat     : PEDi Felda Redong

Peserta     : 3 orang

 

Tujuan:

Kelas dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini sebenarnya adalah untuk memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta untuk menyediakan pembentangan yang menarik dan berkualiti. Diharap daripada kelas ini, peserta dapat melaksanakan proses hubung kait antara persembahan dan pembuatan keputusan yang cepat. Adalah menjadi matlamat daripada kelas ini pelajar berupaya untuk mengaplikasikan kemudahan yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan poster bertemakan perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, penerangan menggunakan aplikasi dashboard komuniti iaitu membuat pengumuman di Mykomuniti turut diadakan

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan cara menggunakan tool yang terdapat pada Microsoft Office Powerpoint. Latihan berpandu dengan bimbangan petugas PEDi Felda Redong bagi menyediakan poster ucapan sambutan Tahun Baru. Poster yang telah siap dikehendaki dimuat naik di Mykomuniti sebagai pengumuman menggunakan aplikasi dashboard komuniti.

Gambar disini.


Tarikh      : 15 Januari 2019

Masa       : 9:30 am - 11:30 am

Peserta    : Pelajar sekolah rendah

Tujuan :

Peserta bengkel terdiri daripada seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara membuat carian yang betul menggunakan internet dan cara menaip dengan cara yang betul. Kebaikan kelas ini adalah peserta akan mampu untuk membuat carian sendiri dengan kaedah yang betul dan lebih pantas.

Aktiviti :

Peserta didedahkan dengan cara menggunakan enjin carian google dengan cara yang betul dan peserta juga didedahkan tentang cara menaip menggunakan keyboard dengan teknik yang betul. Diawal kelas peserta didedahkan dengan fungsi setiap ikon yang terdapat didalam google dan bagaimana untuk membuat carian yang betul di carian google. kemudian peserta diajar menaip dengan bantuan video kemudian peserta perlu melakukan sendiri secara praktikal. peserta diberi latihan menaip semula untuk membiasakan jari mereka dengan keyboard.

Gambar disini