Tarikh :20 Januari 2019 Masa :8.00 am - 12.30pm Tempat :Perkarangan Masjid Nurul Falah Felda Redong Peserta :Komuniti Felda Redong, JKKR Wilayah Segamat,Pejabat FELDA Wilayah & Komuniti Kampung Segamat Kecil |
Tujuan:
Penganjuran program sambutan Maulidur Rasul 1440H merupakan anjuran bersama diantara NGO yang terdapat di Felda Redong dengan JKKR Wilayah Segamat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperingati hari keputeraan Nabi Muhamad SAW dengan mengadakan aktiviti perarakan sambil berselawat bagi memuliakan junjungan besar Baginda Rasullah SAW. Program ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silatulrahim dikalangan komuniti setempat. Melalui aktiviti yang dijalankan ini, ia dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni di kalangan peserta.
Aktiviti:
Sambutan ini merupakan anjuran bersama NGO yang terdapat di Felda Redong dengan JKKR Wilayah Segamat. Bermula daripada mesyuarat bersama pihak Pejabat FELDA Wilayah Segamat dengan pengurusan Felda Redong bagi membincangkan perjalanan sambutan yang dijalankan pada 20 Januari 2018.
Semasa berlangsungnya program ini, peserta terdiri dari komuniti Felda Redong, penduduk Kampung Asli Segamat Kecil, JKKR Wilayah Segamat serta jemputan khas . Program bermula dengan berkumpul di SK Felda Redong sebelum aktiviti perarakan raksasa dari SK Felda Redong ke Masjid Nurul Falah Felda Redong dengan diiringi selawat. Majlis juga diserikan dengan bacaan ayat -ayat suci Al-Quran dan disusuli dengan ucapan dari Pengerusi Masjid Nurul Falah felda Redong dan Pengurus Besar Felda Wilayah Segamat.
Ceramah sempena Sambutan Maulidur'Rasul SAW 1440H telah disampaikan oleh Yh Dato' Ustaz Haji Badli Shah Bin Hj Alauddin, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. Selain itu juga, turut diadakan pertandingan bagi menyerikan majlis sambutan dan hadiah telah disampaikan oleh YB Natrah Ismail, Ahli Parlimen Sekijang dan turut hadir YB Dr Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah.
Bagi penganjuran sambutan kali ini, PEDi Felda Redong telah diberikan tugas bagi menyediakan segala dokumentasi bermula cadangan dan pembahagian kerja bagi sambutan tersebut. Selain itu, PEDi Felda Redong diberi tugas khas untuk menjemput jemputan yang terdiri daripada jemputan komuniti Felda Redong, perkampungan Asli Segamat Kecil, jemputan khas yang meliputi jemputan untuk JKKR yang terdapat di Wilayah Segamat, tetamu terhormat serta ahli parlimen dan adun serta jemputan undangan untuk penceramah. PEDi Felda Redong juga terlibat dalam penyediaan bajet (sebelum majlis) serta dokumentasi akaun bagi sambutan tersebut(selepas majlis).